chapter 36

64 11 0
                                    

Alunan bunyi lagu Attention dari Charlie Puth menandakan panggilan masuk menarik perhatian Fizman.

Fizman yang sedang menumpukan perhatian pada laptop kini terganggu. Fizman berdengus. Telefon yang tidak berhenti berdering meronta ronta untuk diangkat diambil. Nama pemanggil dikerling sekilas. Icon hijau ditekan.

"Assalamulaikum bie? Banyak kali sayang call bie baru nak angkat." Kata Isya pembuka bicara. Dia rasa sangat gembira kerana setelah beberapa kali menelefon Fizman akhirnya diangkat.

"Walaikumussalam sayang, sorry sangat bie sibuk dekat sini." Kata Fizman sambil menekan papan kekunci Laptop. Kerja khususnya belum siap tapi tengahari esok perlu dihantar.

"Hermm kesian dekat bie, tapi tak pa.. lepas ni sayang boleh jaga bie dekat sana sekejap."  Kata Isya dengan teruja. Fizman mengerutkan dahinya.

"Maksud sayang?" Tanya Fizman. Isya tergelak keriangan.

"Lusa, Isya fly pergi UK, nak jumpa bielah, rindu dekat bie sangat." Kata Isya pula. Alaa.. manja sikittttt jaa kalau gedik pun dengan tunang sendiri bukan dengan suami orang.

"Seriously Sayang? Sayang datang dengan siapa?" Tanya Fizman gembira. Dia pun rindu dengan buah hatinya tapi disebabkan banyak kerja yang perlu dia lakukan, dia jarang berbual dengan Isya.

"Betullah, takkan nak tipu, tapi Sayang datang dengan kawan kawan sayang.  Suami diorang pun ikut." Kata Isya.

"Ouhh, kalau macam tu datang je lah, boleh lepas rindu kalau tengok muka sayang nanti."  Kata Fizman.

Isya tergelak. "Dah lah..  mesti bie sibukkan? Sorry kalau sayang ganggu bie. Bie sambung buat kerja bie, sayang letak dulu Assalamualaikum." Kata Isya.

"Sorry tau sayang sebab tak dapat sembang lama lama." Fizman tersenyum nipis. "Waalaikumussalam." Panggilan ditamatkan. Bibir Fizman melakar senyuman. Buah hati datang UK untuk bertemu dengannya. Terharu.

✨✨✨✨✨✨✨

"Mesti dia ingat aku nak pergi lusakan." Isya tergelak. Sebenarnya Rancang nak pergi esok saja ja kata nak pergi lusa. Buat suprise sikit tengok muka dia terkejut macam mana.

Isya membelek kertas ditangannya. Itu alamat rumah Fizman yang diberikan oleh ibu Fizman. Tak sabar nak pergi esok.

"Aku pergi sana seminggu ja, cukupka baju aku bawak ni? Ka terlebih cukup?" Kata Isya pada diri sendiri setelah melihat baju yang kemas tersusun dalam beg pakaian.

"Cukup kut." Teka Isya. Malas dia mahu berfikir banyak. Isya membaringkan tubuh diatas katil. Mata ditutup rapat. Sudah tidur.. esok kena bangun awal! Lama kelamaan Isya diulit mimpi.

🙄🙄🙄🙄🙄

Tok!tok!tok!

Fizman membuka matanya. Mata yang separuh  terbuka itu melihat sekeliling. Tok!tok!tok! Pintu rumahnya diketuk lagi. Jam didinding dikerling sekilas.

Siapa pula yang datang rumah aku pagi pagi buta ni. Kacau aku tidurlah.

Fizman bangun dari katil lalu bergerak malas ke pintu rumahnya. Pintunya diketuk bertalu talu. Ishh nak bagi pintu ni roboh ka.

Pintu dibuka.

"Fizman." Kata Kairin teresak esak.

"Kairin.. what are you doing here? Why you're crying?" Tanya Fizman. Kenapa pagi pagi buta datang kerumahnya dengan pakaian selekeh sangat ni.

"Im sorry Fizman."

📖📖📖📖📖📖

"United Kingdom, aku dah sampai." Kata Isya lalu menghirup udara disitu. Anis dan Balqis masing masing meletakkan beg pakaian dalam bonet kereta. Kereta sewa sebenarnya.

CINTA SEHARI [C]Where stories live. Discover now