Chapter 28

61 12 0
                                    

"Tuh awak! Awak tuh!! Dekat sebelah awak ja tuh." Jerit Isya dari bawah.

"Mana? Saya tak nampak pun." Kata Fizman.

"Awak bergerak ke kanan sikit lepas tuh tengok atas." Arah Isya.

"Haa awak saya dah nampak! Saya potong ni awak sambut tau!" Kata Fizman pula.

"Okeyh!" Isya terus mengambik bakul lalu ditadah pada tempat Fizman berada. Selepas seketika beberapa buah mangga jatuh kedalam bakul.

"Dah tangkap!" Kata Isya.

"Haa ok saya turun ni." Kata Fizman pula.

Fizman mengeluh penat seketika kerana hari ini dia terpaksa menjadi monyet bergayut sana sini. Hampir 6 pokok disuruh panjat untuk ambil buah.

Bila Fizman melihat ke arah pondok kayu dimana Isya berada, dia melihat banyak buah buahan didalam bakul dan itu buah yang dia petik.BANGGA dengan diri sendiri petik banyak pulak! HEHEHEHE

"Nah jom makan, mak cik ada bawa bekal untuk semua kalau kalau rasa lapar." Kata Puan Rita. Semua orang sedang berselera makan tiba tiba Encik Yasir bertanya kepada Isya.

"Bila kamu balik KL?"

"Lusa." Kata Isya lalu menyuapkan bihun goreng ke dalam mulutnya.

"Awainya, tak sempat tok nak sembang ngan hang lagi." Kata Tok timah, Rasa masa cepat ja berlalu, belum sempat dia lepaskan rindu dekat Isya lagi.

"Sorry tok tapi Isya kena balik lusa sebab banyak kerja, Fizman pun bukan lama lama boleh duduk sini, banyak kerja dekat KL." Terang Isya, takut Tok timah kecewa dengannya kerana terpaksa balik awal tapi apakan daya assigment tak pernah berhenti dibagi.

"Tak apa lah, esok hampa ikut kami pi kenduri mak cik Jubaidah anak dara dia nak kahwin ." Kata Tok timah.

"Haa boleh, awak boleh kan?" Tanya Isya kepada Fizman.

"Saya ok ja kalau awak pergi."kata Fizman. Mereka menyambung semula menjamu selera.

                                         🎁🎁🎁

"Awak dah siap ka?" Isya bertanya pada Fizman yang baru sahaja keluar dari biliknya.

"Dah."

"Ok jom, semua orang pergi dulu sebab diorang kena tolong buat persiapan." Kata Isya. Fizman mengangguk tanda faham.

"Kita nak pergi naik apa?" Tanya Fizman.

"Naik motor lah Aehh! Lupa motor dua dua kena rembat dengan ayah ngan tok aduh. Kita pergi jalan kaki lah jawabnya." Kata Isya. Maklum lah moto ada dua tapi dua dua diguna.

"Apa susah naiklah kereta." Kata Fizman.

"Jalan Rumah mak cik Jubaidah tak muat nak masuk kereta, hasil nyaa kita kena jalan kaki lah." Kata Isya sebelum memakai selipar.

"Jauh ka?" Tanya Fizman. Melihat keadaan langit, cerah dan panas. Hitam kulit dia nanti.

"Tak ada lah jauh sangat tapi boleh lah jauh tuh." Kata Isya.

"Macam mana tuh?" Tanya Fizman.

"Awak ikut je lah saya." Kata Isya. Isya mula berjalan dengan Fizman ditepi jalan.

"Ni mak ayah sayang tak ada tak payah lah guna saya awak." Kata Fizman.

Isya senyum manis, lama tak dengar perkataan sayang tu Rindu pula.

"Iye lah bie." Fizman tersenyum mendengar Isya memanggil dia bie kembali. Teringin nak bermanja manja pula dengan dia.

"Sayang..."Fizman memanggil Isya dengan nada meleret.

CINTA SEHARI [C]Where stories live. Discover now