chapter 38

57 10 0
                                    

*sorry sebab author lama x update. X sihat.. hermm tapi tak apa.. demi menebus kesalah author yg sebesar alam, author update double hari ni hahahahahahaha baik tak author

"Weyh! Cepatlah mandi, dah lambat ni." Ujar Balqis yang duduk dibirai katil.

"Kalau kena tinggal macam mana? Kau nak tour kami?" Sambung Anis pula yang sedang membetulkan tudung di meja solek. Bunyi pancuran air terhenti.

Isya keluar dari bilik air dengan berkemban."Ish korang ni. Sabarlah.. aku baru ja habis mandi lagi. Ermm korang bagitau dekat husband korang tunggu lagi setengah jam, baru kita turun ok?" Tanya Isya yang sedang sibuk memakai baju.

Tiba tiba telefon yang sedia ada dalam bilik hotel (?) itu berbunyi. Balqis yang duduk berdekatan mengangkat panggilan itu.

"Hello?"

"Hello miss good Morning, sorry to bother you , are you miss Isya?" Tanya Pekerja itu.

"Weyh Isya" Balqis menghulurkan ganggang telefon (?) Kepada Isya.

"Yes?"

"Miss Isya, someone want to meet you near the main lobby." Kata pekerja pula.

"Who?" Kedengaran pekerja itu sedang berbual.

"He said his name was Fizman." Isya terkaku seketika. Kemudian dia kembali sedar apabila pekerja wanita itu memanggil dia beberapa kali.

"Tell him to wait at the main lobby. Is there anything else?" Tanya Isya lagi.

"No miss."

"Ok thank you." Isya meletakkan ganggang telefon itu lalu terdiri disitu seketika.

"Kenapa weyh?" Tanya Balqis yang sedang ralit bermain telefon. Isya membiarkan soalan itu tergantung. Dia duduk di birai katil lalu meraup mukanya. Nak pergi ke tak nak.

"Weyh kau asal ni." Tanya Balqis sekali lagi. Aik? Tadi kalut sangat ni boleh pula duduk tepi aku ni.

"Fizman datang." Kata Isya lalu bingkas bangun dari katil ke Almari. Dia mahu memakai tudung.

"Korang pergi lah dulu. Aku pergi jumpa dia kejap. Nanti korang share location korang dekat aku. Pandai pandai lah aku cari korang."kata Isya. Dia mengeluh.

"Kau okay ke ni?" Tanya Anis.

Isya senyum nipis. "Aku okay ja... dah lah pergi lah dekat husband korang tu. Kesian diorang tunggu lama." Kata Isya lalu menarik tangan Balqis dan Anis ke pintu.

"Betul ni?" Tanya Balqis. Isya mengangguk lalu tersenyum. Balqis dan Anis hanya mengeluh.

"Kalau macam tu kami pergi dulu lah." Kata Anis pula.  Isya mengangguk lalu menutup pintu bila kelibat mereka hilang. Isya memegang dadanya. Laju sangat. Sudah cukup kuat ka dia mahu berjumpa dengan Fizman?

Isya tidak membuang masa. Dia mengambil beg silangnya lalu keluar dari bilik hotelnya.

💔💔💔💔💔💔💔

Fizman sedang menunggu Isya di lobi utama hotel itu dengan memegang sejambak bunga. Sedang dia setia menunggu tiba tiba ada suara yang amat dia kenali memanggil dia dari belakang.

"Ada apa yang awak nak jumpa saya?" Tanya Isya tanpa nada.

"Sayang.."

"Siapa sayang awak? Straight to the point, kenapa awak cari saya?"

"Bie nak explain dekat sayang apa yang jadi hari tuh." Kata Fizman dengan tenang. Dalam hati berharap yang Isya akan mendengar penjelasan dari dia.

Isya mengeluh." Fine, kita pergi duduk dekat cafe tu." Kata Isya lalu meninggalkan Fizman dibelakang. Dia perlu kentalkan hatinya untuk berhadapan dengan Fizman.

🌸🌸🌸🌸🌸

"So explain lah, jangan buang masa saya." Kata Isya lalu menghirup latte yang baru dipesan tadi.

Fizman sedikit terkilan dengan kelakuan Isya terhadapnya tapi dia perlu hadaplahkan. Salah dia jadi dia perlu tanggung.

"Ok, perempuan yang sayang nampak hari tu, dia sebenarnya kawan bie ja, tak lebih dari pada tu. Kairin tu cuma jiran saya." Kata Fizman.

"Ouhh nama dia kairin. Nama secantik tuan dia, patutlah awak suka dia." Sindir Isya.

"No.. bie tak pernah sukakan dia, bie cintakan sayang ja kenapa bie nak pergi dekat orang lain sedangkan bie ada sayang?"

"Habis tu, kenapa 'Kairin' ada dalam rumah awak? Awak dah lupakan agama ka? Apa hukum berdua duaan dalam rumah tanpa sebarang ikatan? Tak tau ka dah lupa? Ouh.. lupa awakkan dekat UK mana ada hukum semua tu. Kalau dekat Malaysia memang dah lama lena tangkap khalwat." Sindir Isya lagi.

"Isya! Kenapa cakap macam tu. Bie datang sini nak explain dekat Isya bukan nak gaduh dengan Isya." Marah Fizman. Tak habis habis kena sindir dari tadi. Dia pun manusia. Sakit tau tak.

"Fine.. kalau nak explain sangat jawab soalan saya. Kenapa perempuan tu ada dalam rumah awak, kenapa sebelum ni saya call awak banyak kali.. mesej awak banyak kali tapi satu pun awak tak jawab sampai saya datang sini, ternampak hubungan gelap awak yang bodoh tu, awak tak fikir ke perasaan saya? Awak tak fikir ka yang awak ni ada tunang?" Marah Isya. Air mata masih lagi ditahan. Tak nak tunjuk lemah dihadapan lelaki ni.

"Saya banyak asignment dekat sini, saya penat. Bukannya saya buat benda ni saja saja. For our future juga Isya. Awak ingat saya dekat sini berfoya foya? Saya dekat sini belajar. Kairin tuh. Malam sebelum awak datang dia ada jumpa dengan saya, dia luahkan dekat saya masalah dia dengan ex boyfriend dia itu sahaja lepastu dia balik rumah.. pagi tu pula dia datang rumah saya sebab dia nak tolong saya buat breakfast. Dia nak berterima kasih sebab saya dengar masalah dia malam tu. Itu ja.. and for your information. Saya tak pernah lupa agama saya dan saya tak pernah lupa saya ada tunang yang saya cinta dekat Malaysia. Cuba Isya bayangkan Fizman duduk dekat sini sorang sorang tak ada peneman. Rindu Isya dekat sini separuh mati! Tapi saya tabahkan hati saya untuk belajar dekat sini. Kononnya bila saya balik Malaysia. Saya bawa balik kerjayaan nak tunjuk dekat tunang saya, tunjukkan dia boleh bahagia dengan saya, dia boleh hidup senang dengan saya. Awak tak boleh ka faham saya Isya?" Tanya Fizman. Fuhh panjang lebar dia terang. 

Isya hanya diam memandang Fizman dengan penuh makna. Dia pun tak tau nak kata apa. Dia confuse sekarang ni.

"Jadi Isya.. tolong lah jangan putus tunang dengan saya. Saya tak nak hilang Awak. Awak lah sebab saya belajar dekat sini. Saya nak bahagiakan awak Isya. Tolonglah Isya saya rayu dengan awak. Terima saya balik. Saya tau saya salah. Saya janji lepas ni saya tak rapat dengan mana mana perempuan. Please Isya, i beg you."  Kata Fizman. Dia memandang muka Isya dengan penug harapan.

Isya tak angguk atau geleng. Dia tak tahu nak jawab apa. Tak tahu boleh percaya atau tak Kata kata Fizman.

Fizman mula pasrah bila tiada jawapan yang keluar dari mulut Isya. Mungkin tiada peluang lagi untuk dia. "Kalau awak tak boleh terima saya , tak apa saya faham. Maafkan saya sebab dah lukakan hati awak. Maafkan saya sebab tak dapat bahagiakan awak." Fizman berura ura bangun dari kerusi ingin berlalu pergi tiba tiba namanya dipanggil.

"Fizman." Fizman menoleh ke belakang.

"Fine, saya terima awak balik, tapi janji awak tak buat lagi?" Tanya Isya. Fizman sudah menguntumkan senyuman. Dia kembali duduk dihadapan Isya. Dia mengangguk laju. Dia mengangkat tangannya seperti berikrar.

"Saya janji, takkan buat lagi." Kata Fizman lalu dia mengeluarkan cincin dari pokeknya lalu memberikannya kepada Isya.

Isya tersenyum gembira dia mengambil cincin itu lalu dia masukkan jari terlunjuknya kedalam cincin.

#author tak ada idea.. terlebih pulak sampai seribu lebih words HaHAHAHAHAHAHAHAH

Lepas ni second bab pula!!

7:23 a.m
[1170 words]

CINTA SEHARI [C]Where stories live. Discover now