chapter 18

88 16 1
                                    

"Macam mana? Ibu saya ada makan awak ka?" Fizman bertanya sambil fokus pada jalan.

"Ok ja, ibu awak baik sangat dekat saya, saya rasa macam jadi anak ibu awak dah." Isya melemparkan pandangannya ke arah Fizman. Dari tepi mamat ni boleh tahan juga hensem haa.

"Kalau macam tuh saya pun nak juga merasa jadi anak kepada ibu dan ayah awak." Fizman melihat kearah Isya sekilas kemudian fokus semula pada jalan.

"Awak nak jumpa mak ayah saya? Awak ni nak masuk meminang terus ka macam mana." Isya gelak kecil di hujung ayat.

"Kalau boleh saya memang nak masuk meminang awak, ikutkan hati saya esok saya nak bawa rombongan dah, tapi bila fikir kita baru ja masuk Universiti, saya rasa tunggu sehingga kita habis belajarlah." Terang Fizman.

"Dah tu kenapa awak nak jumpa mak ayah saya?" Kalau tak nak masuk minang habistuh buat apa?

"Saya nak mak ayah awak tahu tentang hubungan kita, saya nak kenal kenal duku dengan keluarga awak, saya nak ambik hati keluarga awak. Kalau mak ayah awak dah restu dengan hubungan kita tak ada lah timbul rasa fitnah atau sebagainya." Fizman mahu mak ayah dari keluarga masing masing restui hubungan ini, bila dah kenal senang untuk membuat menantu...hehehe selain itu, tak adalah nak buat blind date yang diurus oleh keluarga masing masing.

"Kalau macam tuh minggu depan datang lah rumah." Isya senyum lebar menandakan dia suka akan alasan yang diberi oleh Fizman. Senang untuk menghalalkan jika sudah mengetahui hubungan ini.

Fizman pula sudah melonjak gembira didalam hati. Makwe bagi green light kita pun jalanlah.

"Ayah awak... saya tak nampak pun." Tanya isya.

"Ayah saya kalau time time macam ni baru balik dari office sebab tu lah tak ada kat rumah tadi, ayah saya tuh dia workaholic sikit. Nak magrib macam ni baru balik rumah." Isya mengangukkan kepalanya tanda dia faham.

"Sebenarnya.. ibu tu bukan ibu kandung saya, dia ibu tiri saya. Mama saya dah meninggal 3 tahun lepas." Kata Fizman.

Isya tergamam." Saya minta maaf. Saya tak tau." Kata Isya dengan rasa bersalaj

"Its okeyh."

"Dah sampai.. cepatnya masa berlalu tak sempat saya nak luangkan masa dengan bidadari saya ni." Fizman memalingkan tubuh kearah Isya sebaik sahaja memberhentikan keretanya dihadapan dorm.

"Mengadanya dia nih, ayat dia tuh kalau tak terlebih gula tak sah."

Fizman senyum sehingga menampakkan gusi. Anak matanya berlari kearah lain tak sanggup tengok mata Isya itu. Takut iman goyah.

Tiba tiba ternampak kelibat yang dikenalinya. Fizman mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas. Tak sah lagi! Memang itu kawan dia Huwaiz tapi siapa disebelahnya.

Isya melihat kearah padangan yang sedang dilihat oleh Fizman. Ternganga dibuatnya bila melihat Balqis dengan seorang lelaki. Tengok Fizman ni macam kenal siapa yang berada disebelah Balqis tuh.

"Awak.. awak kenal ke siapa lelaki itu?" Tanya Isya.

"Saya kenal sangat dengan dia tuh, tuh kawan baik saya Huwaiz tuh, tuh minah tonggek mana dengan dia tuh." Kata Fizman, matanya masih melekat pada figura dihadapannya.

Amboi senangnyaa dia panggil kawan aq minah tonggek, kalau Balqis dengar ni tak pasal pasal Si Fizman ni melayang entah kemana bila Balqis terajang dia ni.

"Kawan awak pun apa kurangnya,  macam tak betul ja Huwaiz tuh pinggang dia tuh kesana kesini. Gedik.." balas Isya.

"Amboi sedap mulut dia mengata kawan saya." Fizman menoleh kearah Isya. Geram jaa dengan dia ni.

CINTA SEHARI [C]Where stories live. Discover now