3

662 156 9
                                    

"Untuk sementara waktu ni, kamu hanya bergantung kepada ubat-ubatan ini dahulu sebelum kita bergerak kepada rawatan kemoterapi yang dijadualkan bermula bulan hadapan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Untuk sementara waktu ni, kamu hanya bergantung kepada ubat-ubatan ini dahulu sebelum kita bergerak kepada rawatan kemoterapi yang dijadualkan bermula bulan hadapan. " ujar Doktor Choi.

Chenle mengetap bibirnya, lama dia memandang segala ubat-ubatan yang kini berada di hadapannya.

"Chenle? "

Chenle berdehem seketika kemudian memandang Doktor Choi kembali.

"Terima kasih doktor. Saya pergi dulu. " Chenle bangun dari duduknya dan mencapai plastik ubat-ubatan di atas meja itu.

"Chenle. " doktor itu memanggilnya lagi, membuatkan Chenle menoleh ke belakang.

"Ingat pesan saya dari awal pertemuan kita. Jangan pernah lupakan pesan tu. "

Chenle hanya tersenyum paksa. "Baik doktor. "

Chenle keluar dari ruangan itu, dan secara tidak sengaja dia terlanggar seseorang yang ingin masuk ke dalam bilik Doktor Choi.

Akibat pelanggaran itu, habis semua ubat-ubatan yang berada di tangannya jatuh ke atas lantai.

"Oh my God, sorry! "

Chenle menggelengkan kepalanya, mengutip segala ubat-ubatan yang berterabur di atas lantai dengan bantuan gerangan itu.

"Maaf ya? Saya tak sengaja. " dia menghulurkan ubat-ubatan itu ke arah Chenle dan Chenle hanya menganggukkan kepalanya.

"It's okay. "

Chenle memandang sekilas gerangan itu sebelum kakinya menapak pergi dari situ.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
agony. zclTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang