Chenle menganggukkan kepalanya. Banyak perkara yang telah mereka lalui sepanjang 8 bulan ini.
Tidak kira dari segi mental atau emosi, jujur sahaja kedua-dua mereka penat dan sakit.
Namun mereka ada di antara satu sama lain, dan itulah salah satu penyebab mereka bertahan sehingga kini.
Chenle mendekat ke arah Minseo, sekaligus menghapus jarak antara mereka berdua. Matanya menatap anak mata milik Minseo dalam, seakan mencari maksud tersirat di balik anak mata hitam itu.
"Aku sayangkan kau. Kita perlu bertahan, okay? " Chenle menggenggam tangan Minseo, dan Minseo membalasnya dengan anggukan kecil.
Akhirnya, Chenle mengikis jarak antara mereka, mendaratkan bibir nipisnya ke bibir milik Minseo.
Minseo yang pada awalnya terkejut kemudian membalas ciuman Chenle, masing-masing hanyut dalam ciuman tersebut,
Dengan perasaan bersalah dalam diri salah seorang daripada mereka.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.