Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚠️ TW : d3pr3ss!on and su!cide ⚠️
"Kamu ni menyusahkan, tahu tak? "
"Kenapalah aku kenahadap juga kau ni, hanyasebab mama aku yang paksa aku untuk jaga kau. "
"Kau fikir aku nak jaga kau, anak sialan? "
"Dasarsukamemalukan orang tua! "
Chenle membuka matanya, tiada sebarang cahaya yang terpancar, jelaslah bahawa sekarang sudah waktu malam.
Kenapa kata-kata mamanya asyik terngiang-ngiang di telinganya?
Dia merenung seketika, melihat tangannya yang masih dicucuk dengan infus.
Fikirannya mula kacau, emosinya terganggu. Pernah dia berfikir untuk mengakhiri semua ini.
Kedengaran gila, tapi itulah kebenarannya. Dia tersakiti, mental dan fizikal. Tambahan pula, satu persatu orang kesayangannya pergi meninggalkannya.
Sepupunya, Renjun. Orang yang paling dia percaya dan sayang, dan telah menganggapnya sebagai abang sendiri.
Namun, hatinya lumpuh apabila mengetahui Renjun mengakhiri riwayatnya tahun lepas, kerana depresi, sama dengan dirinya.
Apa dia patut mengikut jejak langkah Renjun? Baru dia dapat bertemu dengan lelaki yang telah membuatnya senang itu?
Chenle ingin mencabut wayar infusnya, fikirannya mula tidak waras. Apa yang dia mahu ketika ini, dia ingin menamatkan deritanya.
Chenle menapak keluar daripada ruang wadnya, menuju ke rooftop hospital. Suasana yang sunyi pada tengah malam itu memberi peluang kepada Chenle untuk terus melaksanakan kegiatannya.
Mukanya datar, masih merenung ketinggian bangunan hospital itu. Dia memanjat penghadang itu, menutup matanya seketika, merasa angin malam menerpa wajahnya.
Baru sahaja dia ingin menjatuhkan tubuhnya, tangannya ditarik kuat oleh seseorang dari belakang, sekaligus membuatkan dia jatuh ke atas lantai rooftop itu.
"Jangan jadi gila, Chenle! " tengkingnya penuh amarah, air mata berjujuran turun dari kelopak matanya.
"Minseo? "
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.