6

597 152 45
                                        

Chenle hanya duduk di taman itu, suasana yang lenggang dan tidak dipenuhi dengan manusia membuatkan dia sedikit nyaman

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Chenle hanya duduk di taman itu, suasana yang lenggang dan tidak dipenuhi dengan manusia membuatkan dia sedikit nyaman.

Dia melihat mesej yang dihantar oleh Jisung sekilas, yang khuatir dirinya dimana dan tiba-tiba menghilang tanpa memberitahunya.

Chenle menggelengkan kepalanya sekilas. "Dasar budak, gelabah tak tentu hala. "

Baru sahaja dia ingin membalas mesej Jisung, dia menerima satu panggilan yang tidak asing baginya.

Dia mengetap bibirnya seketika, menarik nafas dalam. Menyediakan hati dan mental yang kuat untuk mendengar gerangan tersebut mula membuka ceramah percumanya.

Dia menjawab panggilan itu, melekapkan telefon miliknya di telinga. "Ma. "

"Zhong Chenle, kamu ponteng sekolah, huh? "

Sudah dia mengagak.

"Ma-"

"Kamu suka sangat malukan mama dan papa, huh? Kamu tahu tak kamu dah banyak cemarkan nama baik mama dan papa, Chenle? "

Chenle mati kata. Tangannya menggengam erat telefon miliknya, menahan rasa.

"Maaf. "

"Tch, lepastu tak reti nak balik? Oh, ke memang tak nak balik? "

'Ye, memang tak nak balik.' tapi hanya mampu membalas di dalam hati.

"Menyusahkan. " terus panggilan terputus, membuatkan Chenle memandang sekilas telefonnya.

Dia tergelak kecil. "Kau ni pun bodoh. Dah tahu mama papa disanjung tinggi, nak juga kau buat hal. "

Dia berdiri dari duduknya, ingin menapak pergi.

"Em, awak? "

"Em, awak? "

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
agony. zclTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang