18

522 136 53
                                    

"Chenle, kau jarang pergi kantin dah sekarang, kau tak rindu burger kantin ke? " Jisung menyoal, melihat Chenle yang hanya berdiam diri daripada tadi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Chenle, kau jarang pergi kantin dah sekarang, kau tak rindu burger kantin ke? " Jisung menyoal, melihat Chenle yang hanya berdiam diri daripada tadi.

"Tak lapar, nak buat macam mana. " jawabnya acuh tak acuh. Buku latihan yang berada di hadapannya ditenung.

Jisung menggelengkan kepalanya. "Aku sumpah nak bersangka baik dengan kau, tapi lama-lama aku dah tak tahan. "

"Apa yang kau sorokkan daripada aku, Chenle? " soalan yang keluar daripada mulut Jisung membuatkan dia tersentak seketika.

"Aku tak sorok apa-apa? " jawab Chenle, namun Jisung tidak mempercayainya.

"Tipu. Jangan tipu aku. Kau sorok apa, Chenle? " soalnya lagi sekali, berharap Chenle jujur kepadanya.

Chenle memegang pinggangnya, sakit yang tiba-tiba datang seperti tempoh hari.

"Yah, kau kenapa?! " soal Jisung apabila melihat Chenle tertunduk-tunduk seketika.

Belum sempat Chenle membuka mulutnya, dia merasa kemeja sekolahnya ditarik kasar, dan dengan tidak semena-mena, satu tumbukan melayang di rahangnya.

"Bodoh, kau yang buat Jyahee menangis, bukan? " lelaki yang berada di hadapannya kini menolak Chenle kasar sehingga belakang badannya bertemu dinding.

"Yah, kau buat apa bodoh?! Lepas! " Jisung cuba untuk masuk campur namun ditahan oleh rakannya yang lain.

Chenle menahan sakitnya, matanya dipejamkan seketika.

"Berani-beraninya kau buat dia menangis, padahal kau pernah sayangkan dia. Kau sanggup tengok dia menangis macam tu? "

"Sungchan, berhenti-"

"Jangan masuk campur, kalau kau nak hidup lagi. " arahnya keras.

Chenle hanya mendiamkan dirinya, membuatkan lelaki bernama Sungchan itu mendengus kasar.

"Kau ni mencabar kesabaran aku tahu tak. "

Beberapa kali tumbukan dilayangkan di wajah Chenle, namun Chenle masih diam disitu, tidak membalas apa-apa.

"Selalunya kau akan balas. Kenapa? Lemah dah sekarang? " sinis Sungchan menyoalnya.

"Lepaskan dia bodoh! " Jisung masih berteriak, seisi kelas pula hanya diam membisu, tidak berani untuk mengeluarkan suara mereka.

Pandangan Chenle mula kabur, tangannya bergerak ke arah kawasan pinggangnya.

"Bodoh, jawablah-"

Bukk!!

"Kau tumbuk dia, bermakna kau bermasalah dengan aku. "

Chenle jatuh ke atas lantai dan akhirnya tidak sedarkan diri.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
agony. zclTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang