27

471 132 22
                                    

( 8 bulan kemudian )

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

( 8 bulan kemudian )

"Chenle! " lelaki itu menoleh ke arah satu-satunya sahabat baiknya yang paling rapat dengannya, hanya dia yang ingin berkawan dengannya di saat semua orang menghindarinya.

"Yow, Jisung. " Chenle tersenyum kecil, melambaikan tangannya ke arah Jisung.

"Tak payah nak acah artis ya? Senyum senyum pula kau, harini ada kena jumpa Doktor Choi tak? " soal Jisung.

Chenle menganggukkan kepalanya sebagai jawapan. Ya, Jisung dah tahu tentang penyakitnya sejak 5 bulan yang lalu.

Perasaan Jisung? Marah, semestinya. Menangis-nangis Jisung apabila mengetahui hal itu namun seperti biasa, Chenle berusaha meyakinkannya bahawa dia bakal sembuh.

"Pergi dengan siapa? Aku eh-"

"Tak ada! Dia pergi dengan aku! " balasan seseorang daripada belakang membuatkan dua sekawan itu menoleh ke arah gerangan itu.

"Lah, Min? " Chenle mengangkat keningnya apabila melihat perempuan itu tersengih ke arahnya.

"Apa? Tak nak ke? Sampai hati, selama ni aku yang selalu menemani kau-"

"Tch, drama pula kau Minseo. Ha pergi lah dengan boyfriend sehidup semati kau tu. Aku okay. " Jisung memutarkan bebola matanya seraya mendengus perlahan.

Minseo terkekeh melihat reaksi Jisung, dia menghampiri Chenle dan memeluknya dari belakang.

"Pergi dengan aku ya? Aku pun kena jumpa Doktor Hwang. "

Chenle menganggukkan kepalanya, mengusap rambut Minseo perlahan. "Iya sayang, pergi dengan aku je. "

"Tch, sengaja kan korang. Dah ah, single left the chat. "

Kedua-dua mereka menghamburkan tawa mereka, suka mengusik Jisung.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
agony. zclTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang