Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Chenle berlari menuju ke bilik yang dikatakan Mark, dia masih tidak percaya dengan apa yang dikatakan Mark sebentar tadi.
"B-Bilik pengurusan mayat? " tangannya menggeletar, melangkah mendekati Mark yang berdiri di hadapan bilik tersebut.
Mark menoleh, melihat kelibat Chenle yang kelihatan lemas itu, segera dia mendekat ke arah Chenle dan menenangkannya.
"H-Hyung-"
"Chenle, ikhlaskan dia, ya? "
Chenle menatap Mark tidak percaya, dia cuba menolak Mark menjauh, namun Mark tetap mengeratkan pelukannya.
"L-Lepas hyung, ni semua prank, kan? Hyung, Minseo sebenarnya ada lagi kan? Dia tak akan pergi kan? " suara Chenle bergetar, matanya mula berair, tidak kalah dengan tangannya yang menggeletar ketakutan.
Mark menggeleng perlahan, dia sudah lama mengalirkan air matanya. Mana tidaknya, satu-satunya adik kesayangannya pergi meninggalkannya.
"Ikhlaskan dia, Chenle. "
"Hyung, kau tipu kan? Mark hyung, kau tipu! Benda ni tak lawak lah! Jangan tipu aku! Mana dia?! " bentak Chenle keras, menolak Mark sekali lagi menjauh daripadanya.
"Chenle... " Chenle mendongak, melihat Tuan Lee dan Puan Lee di sana, merangkap eomma dan appa Minseo dan Mark.
Chenle mendekat ke arah Puan Lee dengan air mata yang berlinangan turun dari pipi. "Eomma, Minseo mana? Dia baik-baik sahaja, kan? "
Puan Lee merasa sebak, dia menoleh sekilas ke arah Tuan Lee yang juga menundukkan wajahnya, tidak sanggup melihat Chenle seperti ini.
"Chenle, cukup ya? Minseo akhirnya dah boleh berehat daripada semuanya, dia sudah berjuang sehabis baik, mesti dia dah penat. Bagi dia berehat ya Chenle? "
Chenle menggelengkan kepalanya, lututnya terasa lemah, dan akhirnya dia melutut di hadapan bilik itu.
"M-Minseo? K-Kau tinggalkan aku? " serak suara Chenle ketika itu, dadanya terasa sesak yang amat.
"P-Padahal kita dah berjanji, yang kita akan bertahan bersama-sama, bukan? Tapi kenapa kau yang pergi dahulu, Minseo? "
"Padahal kau berjanji dengan aku yang kau akan sembuh dan terus berada di sisi aku... "
"Minseo, kau tinggalkan aku. Keseorangan. Aku yang mampu bertahan sehingga hari ini demi kau, tapi kau yang tinggalkan aku. "
"Dunia memang tidak adil. "
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.