Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Chenle, aku tahu. " Jisung tiba-tiba bersuara, membuatkan Chenle sedikit kaget.
"Tahu apa? "
Jisung mengeluh perlahan, kemudian dia menarik lengan Chenle, namun Chenle cepat-cepat menarik lengannya kembali.
"Tahu apa, Jisung? " soal Chenle sekali lagi.
"Tahu... " mata Jisung masih terarah ke lengan Chenle yang tampak lebam di beberapa tempat.
"Jyahee bukan perempuan yang baik, yang kau sangkakan. Aku tahu cerita tu. " ujar Jisung, mengalihkan topik.
Jujur sahaja, Chenle sangat kecewa dengan sikap Jyahee, tidak dia menyangka perempuan yang dulunya dibangga-banggakan kini berubah seratus peratus.
"Hm. " itu sahaja yang keluar dari mulut Chenle. Hatinya masih sakit, bukan senang untuk melupakan Jyahee yang pernah menjadi perempuan yang paling dicintainya dalam hidupnya.
"Tapi kan, kau kena move on. Lagipun, ramai lagi perempuan kat luar sana yang baik. " kata-kata Jisung hanya didengarnya acuh tak acuh.
"Aku-"
"Chenle! Chenle! " satu suara familiar dari arah bertentangannya menjerit, pantas sahaja Chenle menolehkan pandangannya.
"Aku ada benda nak bagi kau petang ni, tunggu aku ya? "
"Minseo, petang ni aku-"
"Tiada alasan, okay? Nanti kalau nak pergi mana-mana pun, takpe aku teman, okay? "
Chenle menggelengkan kepalanya. "Tak-"
"Okay jumpa petang nanti! "
"Minseo! Aish! "
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.