11

540 139 7
                                    

Chenle menatap kosong langit pada malam itu, bintang-bintang terhias indah di atas sana

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Chenle menatap kosong langit pada malam itu, bintang-bintang terhias indah di atas sana.

Dia menatap lebam yang membiru di sekitar lengannya, tidak lupa untuk melihat lututnya yang baru ditampal plaster kerana berdarah akibat terhentak atas jalan tar.

Chenle hanya memandangnya seperti tiada perasaan, memang sudah biasa dia diperlakukan sebegini rupa.

Dipukul, dicaci, dimaki dan dianggap tidak wujud oleh keluarganya sendiri, sehinggakan dia asyik tertanya dengan dirinya, adakah mereka keluarga kandungnya?

Ubat-ubatan yang berselerak di atas katil dikemasnya kembali, disorokkan di dalam laci supaya tiada siapa tahu akan penyakitnya.

Dia mencapai telefon pintar miliknya kemudian berbaring di atas katil, bersedia untuk tidur.

Tiba-tiba, dia menerima satu mesej daripada seseorang, tapi malangnya nombor itu adalah nombor asing.

Unknown Number

Chenle!!!

11:29 pm

Chenle ni aku, Minseo! Yang jumpa kau punya name tag tu! Simpan
nombor ni ye? ^^

11:29 pm

Chenle mengerutkan keningnya. Kenapa pula perempuan ini tiba-tiba sahaja menghantar mesej kepadanya, dan menyuruhnya menyimpan nombor itu?

"Tch, ni mesti Jisung yang bagi. "

Malas mahu bertingkah, Chenle hanya mengikutkan sahaja apa yang Minseo katakan.

'Minseo. '


agony. zclTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang