14

532 138 21
                                    

Chenle membongkokkan badannya, tiba-tiba merasa sakit di bahagian yang dia sendiri pun keliru, tapi rasa sakitnya sehingga dia tidak berdaya untuk berdiri dan akhirnya terduduk di atas lantai

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Chenle membongkokkan badannya, tiba-tiba merasa sakit di bahagian yang dia sendiri pun keliru, tapi rasa sakitnya sehingga dia tidak berdaya untuk berdiri dan akhirnya terduduk di atas lantai.

Dia memejamkan matanya, peluh di sekitar mukanya diendahkan.

"Zhong Chenle! " teriakan mamanya dari luar bilik membuatkan Chenle mendengus seketika, dicubanya sedaya upaya untuk bangun dan tidak kelihatan sakit di hadapan mamanya.

"Kamu ni memang menyusahkan keluarga, bukan? Orang hantar pergi sekolah untuk belajar, bukannya untuk cari pasal anak orang! " lantang suara Puan Zhong ketika ini.

"Lele tak cari pasal pun dengan siapa-siapa. " bela Chenle, membuatkan Puan Zhong semakin amarah.

"Kamu buat apa pada Jyahee sampai dia menangis-nangis bila balik ke rumah dia? Apa kamu fikir kamu hebat sangat ke dah buat perempuan menangis macam tu?!"

Chenle terdiam, tangannya masih memicit kawasan sekitar ginjalnya itu, sakitnya masih terasa.

"Esok minta maaf dengan Jyahee, memalukan mama dan papa tahu tak? Ada anak tapi tak berguna. " pedas Puan Zhong berkata, kemudian dia menapak keluar setelah menutup pintu biliknya dengan kuat.

"Nasib tak kena pukul harini. " ujar Chenle, bersyukur kerana selalunya mama akan memukulnya akibat amarahnya yang membuak-buak.

Dan Chenle pun sudah terbiasa dengan lebam-lebam dan luka yang diberikan mama dan papanya.

"Sakit..."

"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
agony. zclTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang