12

556 139 24
                                    

"Minhyung, tolong aku sat

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Minhyung, tolong aku sat. " Minseo tiba-tiba datang ke kelasnya, tanpa hujan atau petir, sangat tiba-tiba.

"Kau kenapa pergi kelas aku ni? Tak pernah-pernah kau ke sini. " Mark memandang Minseo pelik.

Minseo memutarkan bebola matanya seketika. "Cancel jumpa doktor petang  ni-"

"No. " potong Mark laju, membuatkan Minseo mencebikkan bibirnya.

"Ala, please, hari ni je-"

"Bila aku cakap tak, tak. Muktamad, Lee Minseo. " suara Mark kedengaran tegang, pantang apabila adiknya meminta tidak ingin ke hospital.

"Aku ada sesuatu nak kena buat petang ni. " Minseo mencuba nasibnya sekali lagi.

"Penting atau tak? "

"Penting, melibatkan hidup dan mati. " balasan Minseo membuatkan Mark memandangnya serius.

"Jangan bergurau, Minseo. "

"Ya, ikut kau lah. Aku ada urusan petang ni. Jangan ikut dan jangan tunggu aku. " ujar Minseo lalu dia menapak keluar dari kelas Mark.

"Minseo- aish! "

***

Chenle berjalan dengan langkah yang perlahan, entah kenapa dia berasa tidak bertenaga hari ini.

Tambahan pula dia ada kelas muzik pada waktu petang ini, balik lambat la dia jawabnya.

"Yah, kau bodoh ke apa? Eh, kau ni menyusahkan hidup aku kenapa? "

Chenle mengangkat wajahnya apabila terdengar suara keras perempuan yang berada tidak jauh darinya.

"M-maaf. "

"Aku dah muak dengar kata maaf kau. Kau memang tak guna, kan? Dasar-" baru sahaja tangan perempuan itu naik untuk singgah di pipinya, ada tabgan yang tiba-tiba menghalang perbuatan perempuan itu.

"Jangan masuk campur urusan aku-"

"Wah, sejak bila kau jadi perempuan bangsat macam ni... "

"Jyahee? " sinis Chenle mengangkat keningnya.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
agony. zclTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang