26

484 155 11
                                    

Chenle mati kata, hatinya terasa dikhianati

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Chenle mati kata, hatinya terasa dikhianati. Mana kata-kata Mark semalam yang berjanji dia akan menolongnya?

"Mana Mark hyung? " soal Chenle mendatar, dan Minseo hanya menggeleng kepalanya.

Minseo menapak mendekati Chenle, sehingga badannya berhenti betul-betul di hadapan Chenle.

Tangannya naik, mengelus rambut hitam milik Chenle itu perlahan-lahan, membuatkan netra matanya membulat.

Dia ingin melangkah ke belakang, namun Minseo lebih cepat bertindak dengan memeluk erat lelaki di hadapannya itu, sekaligus membuatkan Chenle kaku.

"Anak baik, Chenle anak yang baik. Lelaki anugerah Tuhan yang selalu baik dengan semua orang, yang kuat, yang selalu berusaha untuk tampak baik-baik sahaja di depan mata semua orang. " tutur Minseo dengan suara berbisik.

"Jangan macam ni, ya? Kau kuat. Jangan pergi dulu, Chenle. Dunia masih memerlukan kau disini, jangan pergi dulu. " entah mengapa, kata-kata Minseo ketika ini sedikit sebanyak membuatkan hati Chenle tersentuh.

"Please Chenle, I'm begging you. Don't go. " akhirnya suaranya yang tadi kedengaran serak kini sedang menangis di dada bidang Chenle.

Chenle buntu, sejujurnya hatinya sakit. Mengapa melihat perempuan di hadapannya ini menangis, membuatkan hatinya ingin menangis juga?

"Let's survive together, Chenle. Me, and you. "

Takdir mereka berdua yang menghidapi penyakit itu, membuatkan mereka berdua seharusnya saling memberi semangat kepada satu sama lain.

Kerana hanya mereka yang melalui dan merasai betapa sakit dan sukarnya hidup mereka.

Entah apa magnet yang menarik Chenle, tangannya membalas pelukan Minseo, matanya dipejam seketika kemudian dia menghela nafas berat.

"It's hurt. Everything is hurt. "

Minseo menganggukkan kepalanya, mengusap bahu Chenle untuk menenangkannya.

"I'm here. I'm here for you. Let's survive this together. "

Minseo melonggarkan pelukan mereka, jari kelingking ditunjukkan dihadapan Chenle. "Promise me, you will stay here with me, until our last breath. "

Chenle menatap lama jari kelingking milik Minseo, masih ada ragu-ragu dalam hatinya. Apa ini, tadinya dia tidak sabar untuk menamatkan semua ini, kenapa muncul Minseo pada saat ini dan merubah hati dan fikirannya?

Akhirnya, jari kelingking milik Chenle diangkat dan disatukan dengan jari kelingking milik Minseo.

"Promise. "

Minta sumbang vote dan komen, thanks <3

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Minta sumbang vote dan komen, thanks <3

agony. zclTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang