20

551 130 12
                                    

Chenle membuka matanya perlahan-lahan, masih memproses apa yang telah berlaku

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Chenle membuka matanya perlahan-lahan, masih memproses apa yang telah berlaku.

"Kau dah sedar? " Chenle menoleh ke arah tepinya, melihat Jisung yang sedang memandangnya dengan pandangan khuatir.

Chenle mengetap bibirnya perlahan, apabila melihat hanya susuk Jisung di dalam ruangan itu, hatinya dipagut rasa kecewa sedikit.

"Chenle? Kau okay? " Jisung menyoal lagi, dan akhirnya Chenle menganggukkan kepalanya.

"Kau sihat? " soal Chenle sekadar berbasa-basi, namun Jisung menatapnya tajam.

"Bodoh, boleh pula kau selamba tanya aku macam tu? Tengok diri kau, dua hari tak nak bangun. " bebel Jisung dan Chenle hanya tertawa pelan.

"Kau je ke ada kat sini? "

"Yelah, kenapa? " jawapan Jisung membuatkan Chenle terdiam seketika.

"Ah, aku called mama dan papa kau, tapi... Diorang kata diorang sibuk. Sorry Chenle." ujar Jisung, serba salah.

Chenle hanya tersenyum pahit. "Kenapa kau pula yang minta maaf? Tak apalah, lagipun aku tak nak diorang risau. "

Sial Chenle, padahal mereka tak pernah peduli tentang kau.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
agony. zclTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang