Media : Manu rios as Qabril
Prolog
Gempar satu dunia apabila anak kepada seorang ketua Yakuza terkenal buta akibat tercedera semasa berlakunya pergelutan diantara dua dunia gelap yang berbeza.
Terbaca sahaja akhbar itu,Zrain mendengus kasar.Kuat dia menghempas akhbar tersebut diatas meja kopi,tangan kirinya naik memicit kepala yang mula pening.
Sumpah dia tak expect benda ni akan berlaku,tak disangka anaknya hilang kesempurnaan kerana silapnya.
Kedua dua tanganyya mula naik mengenggam rambut.Kuat rambutnya ditarik melepaskan geram,lalu tanpa segan silu Air matanya perlahan lahan mengalir dipipi.
Sedih mengingatkan anaknya yang tersenyum walaupun tika itu dia mendapat berita bahawa matanya sudah hilang deria.
"Qabril"perlahan nama anaknya diseru diselang seli dengan esak tangisan.
"Papa"
Lembut suara itu memanggil Zrain,tangannya sibuk meraba dinding cuba mencari arah laluan.
Pantas Zrain berpaling,dapat dia lihat anaknya yang sedaya upaya cuba berdikari sendiri.Sudah ditegah berpuluh kali tapi masih berdegil.
"Kenapa ni Qabril?"
Soal Zrain perlahan.Tangannya naik mengesat air mata yang masih tersisa.Suara yang serak akibat tangisan sebentar tadi cuba dibaiki agar anaknya tidak berasa curiga.
"Tadi abang Khai bagitahu papa macam tak sihat,sebabtu Qabril suruh dia bawa Qabril kesini tapi sekerat jalan jelah..hehe..Qabril nak biasakan diri."balas Qabril perlahan.Terasa penghujung dinding hampir berakhir,tangan kiri mula naik mencari tempat lain untuk berpaut.
Zrain tersenyum.Badannya didirikan,perlahan dia melangkah menghampiri anaknya lalu lengan itu dipaut.
"Sorry papa,Qabril menyusahkan papa pula"bisik Qabril pilu.Sedih sahaja suaranya.
"Qabril tak menyusahkan papa pun..tapi papa bukan selalu dekat rumah,nanti Qabril mesti bosankan...Papa carikan kawan untuk Qabril eh?"
Lembut Zrain menutur kata.Sebenarnya dia tidak berapa gemar anaknya dijaga orang lain,dia lebih selesa menjaga anaknya sendiri.Tetapi dia bukanlah selalu berada dirumah,masalah yang membelenggu mencemburuinya.
"Betul ke papa?Qabril nak orang yang baik tau,bolehla dia bacakan Qabril cerita.Bosan Nanti sebab Qabril tak boleh buat apa"tukas Qabril teruja dalam masa yang sama rungutan turut diselit.
"Iya"
YOU ARE READING
1.My Little Blind Boy (SLOW UPDATE)
RomanceBeautiful cover by @mainlykath (DLM PROSES BAIK PULIH) Sinopsis - SHE'S JUST A FRIEND- Qabril Zirain,anak ketua yakuza terkenal.Dulunya seorang yang sempurna serba serbi.Tetapi akibat pergelutan diantara dua dunia gelap yang berbeza. Mat...