"Jibril,aku nak tu"beritahu Asiah sambil menunjuk kearah dimana adanya makanan bergoreng.Matanya bersinar terang merenung setiap inci makanan didepan mata,air liur diteguk kesat.Selepas keluar dari hospital pagi tadi,semua makanan yang ada depan mata nampak sedap.Tanpa membalas,Jibril menarik tangan Asiah menuju kearah kedai yang dilihat menarik minat Asiah sehingga tidak berkelip matanya.
"Ambik je mane mane,aku belanja"kata Jibril malas.Iphone dikeluarkan,instagram dibuka lalu discroll perlahan.Mencari apa apa yang menarik.Terasa bosan pula apabila terpaksa menemani Asiah disitu.
Teruja punya pasal.Lengan Jibril dipeluk manja bersama senyuman yang melebar suka.Eiii Tak sangkalah abang Jibril titew ni baik.
Satu persatu makanan bergoreng diambilnya lalu disumbat masuk kedalam plastik.Manakala tangan kirinya masih belum melepaskan pelukan dia pada lengan sado Jibril.Tapi Jibril tidak ambil pusing,dibiarkan saja gadis itu memeluk lengannya.
Suka punya pasal,langsung lupa semuanya...
Selesai memilih makanan.Dia mengoncang lengan Jibril perlahan,kepalanya terdongak sedikit memandang Jibril yang tinggi melangit dengan mata terkelip kelip.
"Bayarlah Jibril,aku dah siap pilih.."kata Asiah perlahan.Badannya berpusing kekiri dan kanan gedik.Sengaja aje menggedik dengan Jibril,bukan selalu dia buat.
"Hmm"dehem Jibril.Dompet ditarik keluar,satu not berwarna oren dihulurkan.
"Baki simpan"ujar Jibril dingin.Baru saja dia ingin memasukkan kembali dompet kedalam poket.Asiah sudah menarik dia ke kedai yang seterusnya.
Meliar mata Asiah merenung setiap baju disitu teruja.Hotdog disumbat kedalam mulutnya yang kembung.Tangan kiri yang tadi memeluk lengan sado milik Jibril ditarik keluar lalu bergerak menarik sebatang hotdog dari dalam plastik.Hotdog yang diambil disumbat masuk kedalam mulut Jibril tanpa amaran.
Jibril yang belum bersedia terbelahak kuat.Tajam dia renung Asiah disebelah dengan hotdog yang terjengul keluar dari mulutnya.
"Mam hemm wajsnm"
Terkelip kelip mata Asiah apabila cuba memahami apa yang disebutkan Jibril.Satu habuk pun dia tak faham sekarang ni.Malas ambil pusing dengan apa yang dituturkan Jibril,Asiah hanya abaikan dan menilik t-shirt murah didepan matanya.
Dari satu ke satu kedai yang lain,hampir penuh kedua dua belah tangan Jibril memegang setiap beg plastik milik Asiah.Sudahlah yang bayarkan dia.Kopak lah duit dia harini nampaknya.
"Asiah,kau nak pergi kedai sana jap"beritahu Jibril dengan mata yang terarah kedalam sebuah kedai yang menjual jam jam cantik.
Baru saja Asiah menoleh ingin membalas,Jibril sudah berlalu pergi dengan membawa beg plastik didalam tangannya sekali.Malas menghiraukan tentang itu,Asiah kembali membelek kasut kasut cantik didepan matanya.
Beberapa minit kemudian,Asiah mula tersenyum riang apabila hatinya terpaut pada sebuah kasut berwarna biru dan putih dihadapannya.Kelihatan mahal dan berkualiti malah kasut tu juga tebal.
"Ban-"
"Hai"
Baru sahaja Asiah ingin bersuara,satu suara telah memotong percakapannya.Seperti pernah dia dengar.Lantas dia berpusing sebelum tubuhnya mengeras dengan mata yang membulat besar.Kasut yang berada didalam tangan jatuh manakala jantungnya berdegup ketakutan.
Dugaan apakah ni Ya Allah?
"Qabril"bisik Asiah dalam hati.Matanya terkelip kelip dengan mulut yang sedikit terbuka.Sumpah dia terkejut,sampai tak tahu nak buat apa sekarang ni.
YOU ARE READING
1.My Little Blind Boy (SLOW UPDATE)
RomanceBeautiful cover by @mainlykath (DLM PROSES BAIK PULIH) Sinopsis - SHE'S JUST A FRIEND- Qabril Zirain,anak ketua yakuza terkenal.Dulunya seorang yang sempurna serba serbi.Tetapi akibat pergelutan diantara dua dunia gelap yang berbeza. Mat...