Bab3

115 26 2
                                    

Media: Henry Cavill as Tuan Zrain

Bab3

Jam sudah bergerak ke angka dua belas malam dan dia masih berjaga.

Kenapa?

Dah tentulah si Jibril tu pergi merangkak keluar tinggalkan dia sekor sekor dekat rumah.Disuruhnya pula dia tunggu adik adiknya pulang.

Mau terberanak dia dibuatnya.Dengan mengantuk lagi.Takkan bengap sangat orang rumah ni sampai kunci rumah pun tak bawa sekali.

Hadoiii letihlah aku macam ni.

Bersama satu nguapan yang maha besar.Dia menghentak hentakkan kepalanya kuat diatas tilam.Lantaklah apa jadi,yang penting dia nak tidur.

Susah lah kalau main balik lambat macam ni.Takkanlah hari hari balik lambat lepastu nak suruh aku tunggu.

Takde belas kasihan ke aduhaiiiii...

Kerana terlalu malas berfikir panjang.Dia baringkan badan diatas katil dengan mata kuyu.

Baru sahaja satu minit dia terlelap.Bunyi enjin moto berkuasa tinggi bergema didalam gegendang telinganya.

Geram punya pasal.Bantal ditarik lalu wajah ditekup kuat..

"ARGHHHHHHHHHHHHH"

Lepas sahaja dia menjerit melepaskan geram,terus wajah diangkat tanpa senyuman.Naik turun dadanya menahan amarah.Rambut yang berselerak dibiarkan.

Sumpah dia tengah bengkek sekarang ni.

Bunyi ketukan pintu yang tidak berhenti semakin menaikkan lagi lava amarahnya.

Bersama dengan wajah bengang.Dia melangkah sambil menghentak hentakkan kakinya.

Sesampai sahaja Di handspan pintu,kunci dibuka dan tombol dipulas.Tarik sahaja pintu,terus terjengul satu wajah yang teramat asing pada pandangan matanya.

"Awak.....sape?"soal Asiah lambat lambat.Hilang segala amarah yang menjulang hati sebentar tadi.

Yang masalahnya sekarang pintu dia dah terbuka luas.Elok dia nak tutup balik sebab takut,selamba aje lelaki yang tidak dikenali itu menahan pintu tersebut.

Siap berjalan lenggang kangkung lagi menghampiri sofa .

Asiah julingkan matanya.Sudahlah mengantuk,makhluk entah datang dari mana pulak lah masuk rumah ni ni aduhaiiiii.

"Awak sape ni? Tak tahu orang mengantuk ke hah?..Dah lah tak reti bagi Salam lep-"

"Shhh" selamba aje lelaki itu mengSHHH kan Asiah.Malas mendengar rungutan demi rungutan daripada gadis itu.Tak bersalah langsung riak wajah itu apabila memotong percakapannya.

Berubah kelat Asiah mendengarkan SHHH tersebut.Lantas dia melangkah menghampiri sofa yang bertentangan lelaki itu.Badan dilabuhkan tepat diatas kerusi tersebut.

Manakala pintu rumah langsung tidak ditutup.Takut Jika kejadian tidak diingini berlaku,boleh dia berlari keluar terus.

Lelaki itu tersengih sehingga menampakkan giginya yang putih dan tersusun rapi.

Cap hitam diatas kepala dicabut.Rambutnya yang jatuh menutup dahi diraup kebelakang.Rimas.

Hampir terjojol mata Asiah melihat wajah itu.Kacak sangat,lagi kacak dari Jibril.

Uhuk,sungguh dia rasa nak melutut syukur sebab elok elok mata dia kuyu terus jadi segar tengok muka kacak lelaki dihadapannya tika itu.

"Aku,Zeus"

Terus terkaku Asiah dibuatnya.Dada berdetak kencang,suara itu terlalu maskulin.Merentap jiwa betul.

Terjungkit sedikit hujung bibir Zeus melihat wajah kaku Asiah dihadapannya.

"Jibril tak bagitahu ke?"soal Zeus lagi.Capnya diletakkan diatas meja yang memisahkan dia dan Asiah.

Tiga butang baju kemejanya dari atas dibuka,lengan turut disinsing.Terasa Rimas dan panas.

Perlahan Asiah mengeleng.Seingatnya,Jibril tidak langsung memaklumkan kepadanya apa apa.Melainkan menunggu adik adiknya pulang.

"Dia cuma minta saya tunggu adik adik dia balik"balas Asiah ragu ragu.Mata langsung tidak memandang Zeus malah sengaja dia meliarkan pandangan.

Entah kenapa dia segan untuk berbalas pandangan dengan jejaka itu.

Gemuruh jiwa.Uhuk.

Sekali lagi hujung bibirnya terjungkit.Malah kelihatan sinis tetapi sempat ditangkap Asiah.

Bagi gadis itu,senyuman sinis yang dilakar Zeus kelihatan manis.Ya ampun,apa sudah jadi.

"Aku penjaga sebenar kau,Asiah"

Berdiri segala bulu romanya mendengarkan itu.Ah sudah,macam mana Zeus pulak boleh jadi penjaganya ni.Sudahlah kacak,kalau tersalah mengorat macam mana.

1.My Little Blind Boy  (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now