Khai hanya merenung kosong kegelapan malam di pantai batu burok.Hanya kosong tanpa perasaan.Tiada lampu yang menerangi seperti hatinya yang redup kerana kehilangan cahayanya.Aurora..
Bukan kekasih,bukan juga wanita simpanan tapi dialah isteri kepada Khai Uzranda.Isteri kesayangannya dan yang paling dia cintai.Tapi pergi meninggalkannya begitu saja pada malam ini dan dia,meninggalkan mayat wanita kesayangannya hanya kerana kekesalan di hati.
Kesal kerana tidak mampu melindungi si isteri.Kesal kerana di akhir pergaduhan dia terpaksa bersetuju membawa gadis itu bersama sama ke kuala Terengganu.
Tangan kanan bergerak mencapai telefon didalam poket.Gambar Aurora dibuka dan ditatap sayu.Ibu jari naik menggosok wajah itu.Sungguhlah hati terasa kecewa yang amat.Skrin dibelek ke kanan dan mempaparkan gambar Aurora bersama seorang bayi yang berada didalam dukungan.
Tanpa sedar air matanya bergenang,mengalir menuruni lengkuk pipinya.Teresak esak dia disitu sendirian.
Kenapa takdir hidup dia terlalu menyakitkan? Terlalu menyeksakan untuk diterima.Sehingga dia tidak mampu menanganinya sendirian.
"Assalamualaikum"
Terkejut dengan salam yang diberikan.Air mata yang mengalir dikesat sebelum dia berpaling dengan muka terpinga pinga memandang seorang gadis yang berdiri memandangnya takut takut.
Dengan terketar ketar gadis itu menghulurkan satu kertas yang terlipat cantik.Telefon yang dipegang dengan tangan kanan dialihkan ke tangan kiri.Setelah itu tangan kanannya bergerak mencapai kertas tersebut bersama muka terpinga pinga memandang gadis yang berdiri didepannya.
"Walau apa pun masalah encik..saya harap encik dapat tanganinya dengan tabah.."kata gadis itu lembut.Tanpa menunggu balasan daripada Khai,kalut dia melangkah pergi.Langsung tidak berpaling tapi jelas gadis itu kelihatan takut.Tapi takut dengan apa?
Belakang badan gadis itu dipandang pelik sebelum dia menunduk pandang kertas yang diberikan.Lipatan cantik dibuka sehinggalah tertera tulisan.Tidak panjang dan tidak juga pendek.Tapi tulisan itu kelihatan tidak teratur..
Berkerut kerut Khai memandang tulisan itu.Cuba pastikan balik bahan apa sebenarnya yang digunakan.Keadaan yang gelap sedikit menyukarkan penglihatannya.Malas berlama lama didalam gelap,kertas itu kembali dilipat dan disumbat masuk kedalam poket seluar.
Telefonnya dicapai dan satu nombor didail.Setelah beberapa minit dia menunggu panggilan itu bersambut.
"Hello"
Terukir sedikit senyuman pada wajah mendengarkan suara disebelah sana.
"Hello Jib,datang ambik aku ..Sekarang!!"arah Khai selamba.Kakinya diangkat berjalan kearah sisi jalan raya.Seketika dia berhenti mendongak memandang bangunan sisi hospital Sultanah Nur Zahirah.
"Buat ape pulaknya..kau ingat KL dengan Terengganu ni dekat ke setan?!!"
Khai ketawa perlahan.Ahh terasa hilang sekejap sedihnya apabila mendengar suara amarah Jibril.
"Kalau aku ada dekat KL..takde maknanya aku suruh kau datang..Ambik aku dekat pantai batu burok.Aku duduk dekat kerusi batu berhampiran A&W"
Setelah selesai berkata kata.Khai meletakkan panggilan itu selamba.Dia berlari perlahan kearah A&W.
Punggung dilabuhkan diatas kerusi batu.Entah kenapa secara tiba tiba bayangan Aurora muncul didalam kepala.Terasa bersalah kerana meninggalkan Aurora begitu saja tapi entah kenapa dia tak rasa ingin balik ke rumah tu.Gerak hatinya memaksa dia untuk meletakkan jawatan dan berhenti melakukan semua ini tapi dia pasti semua itu tidak mudah.Jadi dia teramat memerlukan bantuan seseorang tentang ini.
Kematian Aurora memberikan impak yang besar.Dia telah kehilangan seorang isteri dan jika isteri dia dengan mudah dibunuh kerana berkait dengan Qabril jadi kemungkinan besar untuk adik dia dibunuh sangatlah bahaya.
Walau berapa kuat sekalipun Jibril sehingga mampu menjaga Asiah,jika mereka lalai seketika.Asiah akan dibunuh sekelip mata saja.
Dan dia tak akan benarkan itu semua.Dia perlu cari tahu siapa yang telah membunuh isterinya.Ada yang berdendam dengan dia kah? Atau berdendam dengan Qabril? Tapi kenapa perlu dibunuhnya Aurora.Adakah itu semua merupakan amaran?
Kalau Aurora mati kerana dia lalai jadi dia akan pastikan dia mampu menjaga adik dia sebaiknya.
Aurora merupakan jiwanya dan Asiah merupakan nyawanya.Jiwanya sudah hilang tapi janganlah nyawanya.Kerana hanya nyawanya sahaja tempat dia bergantung kasih sayang setelah perginya jiwa.
PIN PIN
Khai angkat muka memandang kereta lamborghini yang berhenti dihadapannya.Terus dia berdiri dan melangkah masuk kedalam kereta tanpa dipelawa.
"Gile..dah lah telefon orang pagi pagi buta.Tak tahu aku nak tidur ke? Lepastu masuk dahlah tak dipelawa..main redah aje.."
Bebelan Jibril dibiar sepi.Khai hanya bersandar dan memejamkan mata.Nafas ditarik dan dihembus perlahan.
"Jib..Aurora dah takde"kata Khai.Memotong bebelan Jibril yang masih tidak berhenti.
STRETT
Khai yang tidak bersedia terhantuk kuat pada Dashboard dihadapan.Mukanya diangkat kasar pandang Jibril geram,dahi yang terasa berdenyut digosok.
"Kau dah kenapa sial?"marah Khai geram.Elok elok kereta dha bergerak.Boleh dia tekan emergency break.Kalau tercabut kepala tadi macam mana?
Jibril tidak menjawab malah dia pandang Khai bungkam.Terkelip kelip dia tengok Khai dengan mulut yang separa terbuka.
"Kau cakap ape tadi? Aurora dah takde? Dia pergi mana?"soal Jibril senafas.
"Chill bro..bawak kereta dulu.Kita balik..esok aku cerita.."
Selamba Khai menutur kata.Terus dia kembali bersandar dengan mata yang terpejam.Dia perlukan rehat yang cukup untuk membuka cerita esok hari.
Tanpa menyoal akan tindakan Khai,Jibril hanya mendiamkan diri.Kereta perlahan lahan bergerak meluncur diatas jalan raya.Sesekali dia Kerling kearah Khai disebelah.Dia masih belum dapat proses kata kata Khai sebentar tadi.
Aurora pergi mana?
•••••••••••••••
Membosankan?
I'm sorry..
Tpi kena bce jugak hek hek..
Jgn lupe tekan vote dan follow...
Tq yang sudi follow dan support sye ye...
Sye akan syg kan awak huhu..
Target nk dpt 300 vote...
Huhu kalau readers sudi vote lah...
YOU ARE READING
1.My Little Blind Boy (SLOW UPDATE)
RomantikBeautiful cover by @mainlykath (DLM PROSES BAIK PULIH) Sinopsis - SHE'S JUST A FRIEND- Qabril Zirain,anak ketua yakuza terkenal.Dulunya seorang yang sempurna serba serbi.Tetapi akibat pergelutan diantara dua dunia gelap yang berbeza. Mat...