Bab1

163 36 1
                                    

Media: Lily Maymac as Asiah Usianda

Bab1

Rambut Qabril disikat lembut.Senyuman sentiasa terlakar pada wajahnya menandakan dia sangat gemar dengan kerjanya yang satu ini.Hampir lima tahun dia berkhidmat dengan Qabril cukup mudah baginya.

Lelaki itu sentiasa memberinya tindakan yang positif.Tidak menolak malah terlalu mesra.

"Asiah balik macam biasa ke harini?"Qabril menyoal lembut.Matanya lurus kehadapan tanpa bergerak,menandakan lelaki itu sudah terbiasa dengan situasinya.Lima tahun menunggu penderma bukanlah mudah,tapi lelaki itu langsung tiada perkataan putus ada didalam kamus hidupnya.

Asiah mengerling lelaki yang berdiri tegap memandang mereka tanpa riak.Kemas berkot dan tie,rambut tersisir rapi bersama badan yang tegap.

Kacak.

"Ye tuan,Cik Asiah balik macam biasa"jawap lelaki itu mendatar,menjawap soalan tersebut mewakili Asiah.

Mencuka terus wajah Qabril mendengarkan suara bodyguardnya yang berkumanding didalam gegendang telinga.Dia teringin mendengar suara Asiah tapi apakan daya,gadis itu bisu.

"Asiah tidur dekat sini tak boleh ke,Khai?"soal Qabril cuba memujuk manakala Asiah hanya mendiamkan diri.

Sambil menunggu jawapan daripada Khai,tangannya bergerak meletakkan sikat diatas meja solek.Bedak debu diambil dan dituangkan sedikit diatas tapak tangan.

Setelah itu,kedua dua tapak tangannya ditemukan.Ditepuk sedikit agar bedak itu rata lalu dari belakang kedua dua tangannya mengjulur ditepi kepala Qabril.Lembut bedak itu diratakan pada wajah Qabril.

"Tak"

sepintas lalu sahaja jawapan daripada Khai membuatkan Qabril memuncung panjang.Nanti kalau dia rindu Asiah macam mana.Sudahlah gadis itu berada dengannya hanya selama tiga jam.Berkali kali dipujuk ayahnya agar memanjangkan lagi waktu bekerja Asiah tapi jawapan yang diterima sangatlah menyayukan hatinya.

Siap melakukan tugasnya,Asiah berpaling menghadap Khai.Bersama satu senyuman,mulutnya bergerak menyebut perkataan siap tanpa suara.

Khai menangguk faham.

"Saya hantar Cik Asiah balik dulu ye tuan."

Ujar Khai kaku.Tanpa menunggu sebarang balasan daripada Qabril.Dia melangkah keluar,Asiah turut dibiarkan begitu sahaja.Tahu sangat Qabril ingin menyatakan sesuatu kepada Asiah.

."Khai dah keluar ke?"

Tanpa bunyi Asiah bergerak menolak kerusi Qabril menghadapnya, dia duduk melutut dihadapan jejaka itu.

Lembut dia menyentuh tangan Qabril sambil memandang mata Qabril yang meliar tanpa hala tuju itu.

Mengiyakan soalan Qabril sebentar tadi,dalam diam dia mengeluh.Benci apabila terpaksa menipu orang lain seperti ini sedangkan ini bukanlah dirinya.

Qabril sengih.Bodyguardnya ini macam tahu tahu sahaja apa yang dia inginkan

Tahu sangat bahawa Asiah mengiyakan soalannya.

"Asiah,kontrak awak ada berapa bulan lagi sebelum tamat ye?"

Dapat dia rasakan tangan lembut Asiah menyentuh jarinya lalu tiga jarinya ditutup meninggalkan dua lagi jarinya yang tersisa.

"Dua?"soal Qabril lagi.Wangia dan haba daripada Asiah sangat membuaikan perasaan.Bebola matanya bergerak ke kiri dan kekanan mencari sebarang cahaya yang mungkin bertandang Tapi tidak berhasil.Sunggub dia berharap agar ayahnya dapat menjumpai penderma dalam masa terdekat.Dia terlalu teringin melihat wajah Asiah.

1.My Little Blind Boy  (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now