Bab6

95 23 1
                                    

Media: Bright as Zeus

Bab6

Tanpa menunggu lama punat merah yang terpalit pada telefonnya diletakkan laju.Bersama
riak risau bebola matanya naik memandang Ratu.Sungguh dia bimbang sekarang ni.Disebabkan berlakunya pergaduhan kecil diantara dia dan Ratu,si gadis jagaannya menjadi mangsa.

Ratu yang berada disebelah kerusi penumpang memicit micit kepalanya.Lelah,pening,risau dan marah bercampur baur.Hendak menyesal pun sudah tiada gunanya lagi,benda sudah jadi.Yang penting sekarang mereka perlu mencari Asiah secepat yang mungkin,dia terlalu risaukan keselamatan gadis itu.

Sumpah Jika sesuatu yang buruk berlaku,dia tak akan memaafkan dirinya.

"Khai call?"

Zeus angguk.Matanya masih tidak dilarikan daripada memandang Ratu bersama wajah yang mencerung kerisauan.Perlahan telefonnya diletakkan diatas dashboard lalu wajahnya diraup kasar.

"Kalau Khai tahu mampus kita...mampus..."

Dalam diam Ratu turut bersetuju dengan apa yang dikatakan abang keduanya.Kalau Khai tahu tentang ni,mau mengamuk lelaki tu..Argh baran Khai tak boleh dibuat main....

Flashback..

Stereng dipulas bersama matanya yang fokus kehadapan.Seketika itu perutnya mula bergendang kelaparan.Pantas dia berpaling kearah kiri dimana adiknya Ratu sedang ralit bermain telefon,Lalu matanya naik memandang cermin pandang belakang.Cuba memastikan apa yang dibuat Asiah.

Sesaat kemudian senyuman mengejek terukir melihat wajah cemberut yang dibuat Asiah.Marahlah tu kena paksa ikut.

"Wehhh,aku lapar...Nak pergi makan mana ni?"

Mendengarkan soalan yang ditunggu tunggunya dari tadi.Lantas telefon dibaling keatas dashboard bersama wajah yang bercahaya."kita pergi Kfc"usul Ratu ceria.

"Arghhh aku tak nak,,Kita pergi Mcd"bantah Zeus keras.

"Ish tadi kau yang tanya aku kan"

"Lantak ah,,perut aku nak Mcd tu Mcd jelah.."

"AKU.NAK.KCF"satu persatu ayatnya ditekan bahawa dia betul betul teringin ke Kfc.Manakala Asiah yang tadinya cemberut mula tidak senang duduk melihat dua beradik itu bergaduh mulut.Dia nak buat apa sekarang? Rasanya kalau menyampuk ni,memang mintak maki..

Wajah Zeus dan Ratu dipandang silih berganti bersama wajah bimbang.Hujung ibu jarinya digigit risau,jangan mereka bergusti dalam kereta ni sudahlah..

"Apa kata..."

Baru sahaja Asiah ingin mengusulkan sebuah idea.Dia sudah dipandang tajam oleh kedua dua pasang mata dihadapannya.

Bukan Kfc dengan Mcd same je ke? Jual ayam jugak kan..desis Asiah dalam hati.

Takut punya pasal,terus dia menikus tidak terkutik ditengah tengah kerusi tersebut.

"Apa?"serentak Ratu dan Zeus menyoal Asiah keras.Memberi amaran bahawa jangan cuba cuba menyampuk pergaduhan mereka.Asiah diam tidak menjawap tetapi tetap dia menggelengkan kepala perlahan.Sis tachod..

Zeus tidak berpaling lama kebelakang apabila dia kembali memandang hadapan.Takut Jika dia hilang fokus mereka bakal terbabas.Tidak lupa juga Ratu yang turut kembali ke tempat asalnya bersama wajah cemberut geram.

"Kita pergi Mcd..FULL STOP"

"AKU TAK NAK LAH"jerit Ratu kuat.Lengan Zeus dicengkam dengan riak Wajahnya yang bengang.

"Kfc tu kfc jelah"

"Kalau kau tak nak Mcd,kau boleh keluar..."kata Zeus sambil menepis tangan Ratu yang mencengkamnya manakala mata masih setia memandang kehadapan.

1.My Little Blind Boy  (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now