KRAK
Bunyi buah apple digigit kuat bergema dalam wad vip yang diduduki Asiah.Mukanya tiada seri,hanya kosong tanpa perasaan.Jibril disebelah diam merenung Asiah yang kelihatan tidak bermaya.
"Kau okey..? Nak makan apa apa tak? Cukup ke makan Apple je? Nak nasi? Air? Ke kopi? Meggi?"soal Jibril bertalu talu.Risau semacam dia pandang Asiah.Sudah beberapa jam sejak gadis itu sedarkan diri daripada lena,satu perkataan pun tak keluar dari bibir nipis itu.
Diam..Langsung tiada balasan.
Jibril sendiri terasa buntu.Dah pelbagai cara dia gunakan untuk buat Asiah keluarkan suaranya tapi habuk pun tak jadi.
"Jibril"
Wajah Jibril yang tadinya malap terus bercahaya apabila namanya mula disebut bibir nipis itu.
Kus semangat..dia ingatkan gadis tu dah bisu dah tadi..
"Jibril"sebut Asiah sekali lagi.Matanya terkelip kelip pandang dinding dekat depan.Langsung tak menoleh pandang Jibril disebelah.
Jibril angguk laju.Lantaklah Asiah tak nak tengok muka dia pun,kira syukur dah Asiah panggilnya tadi.
"Akulah Jibril"balas Jibril teruja.
"Jibril............Jibril"
Kening Jibril mula berkerut pelik.Sudah,kenapa jampi nama dia pulak ni.Siap tersenyum bagai macam orang gila dah ditengoknya.
"Abang kacak..."
Sayup sayup aje dia dengar perkataan yang terakhir.Macam sebut abang kacak tapi betul ke ek?
"Abang kacak?"sebut Jibril perlahan.Menyoal diri sendiri,rasa dah betul dah tadi dia dengar abang kacak.
Seperti dijampi Asiah berpaling pandang Jibril bersama wajah yang bercahaya.Badan dia turut berpusing menghadap Jibril bersama senyuman yang terlebih lebar..Epal yang tadinya berada didalam genggaman sudah dibaling entah kemana.
"Awak.....abang kacak? Abang kacak kesayangan Ara.."kata Asiah teruja.Tanpa menunggu balasan dari Jibril,dia melompat kearah Jibril.Satu pelukan erat dilepaskan sehingga Jibril terasa sesak hendak mengambil nafas.
Ya rabbi.Dia makan apa ni sampai peluk aku kuat sangat.Nak bernafas pun tak boleh ni...desis Jibril dengan muka berkerut kerut mencari nafas.Lengan Asiah yang memeluk lehernya ditepuk kuat.
Lepas lah..lepas lepasss...dah nak mati dah ni..
"As....Asiah....lepassss"usai berkata kata.Lengan Asiah yang melilit lehernya ditarik kuat sehingga pelukan itu terlerai.
Tercebik cebik Asiah apabila Jibril bertindak kasar keatasnya."abang....abang kacak marah Ara...huarghhhhhh"
Jibril urut dahinya perlahan.Pening dah ni,pagi pagi macam nilah dia nak buat hal.
Bahu Asiah ditarik menghadapnya.Perlahan lahan air mata gadis itu disapu sebelum dia menekup pipi itu terus menghadapnya.
Hah..tengok muka aku puas puas..abang kacak abang kacak..desis Jibril dalam hati..geramm..
Asiah memuncungkan bibirnya sebelum perlahan lahan bibir dia yang tadi tercebik mula mengukirkan sebuah senyuman lalu tawa kuat terhambur..Katil pesakit dihentak kuat.
Ya Allah,kenapa kelakar sangat muka serabut Jibril tadi.Macam bapak hilang bini..
Akibat Asiah yang ketawa liar,tangannya yang tadi menekup kedua dua pipi itu terlepas.Dahi Jibril semakin berkerut,apa benda ni..?
Lepas kena culik terus jadi gila ek..sudah,apa dia nak jawab dengan Khai nanti.
Takut memikirkan akan perkara yang bakal Khai lakukan terhadap mereka seberadik.,mendadak dia berdiri ingin menekan butang kecemasan.Biar doktor cek sikit Asiah ni.Dah macam tak betul.
"Eh eh,,kau nak buat ape?"lekas lekas Asiah menghalang Jibril daripada menekan butang kecemasan.Apa ni,dah jelas jelas dia dah sihat..buat apa nak panggil doktor laginya?..
Jibril tenung tajam tangan Asiah yang kuat mencengkam lengan berurat dia sebelum matanya naik memandang kedua dua belah mata Asiah.Entah macam mana,mereka berdua terleka sehingga tak sedar jarak mereka yang tadinya sedikit jauh mula terhapus sedikit demi sedikit sehinggalah hidung mereka bertemu.
Kedua dua dari mereka langsung tidak mengelak malah hanya kaku membiarkan hidung mereka bersentuhan.Tangan Jibril naik menyentuh leher Asiah lalu leher gadis itu ditolak sedikit kedepan membuatkan bibir mereka bertemu..
BAMMM
"WOIIII ADIK AKU!!!!!"
__________
Alang alang dah bce..tekanlah vote sekali biar ramai yg tertarik hehe..
Nanti aku re-edit balik permulaan cerita ni lepas berjaya habiskan bab..
Sebab bila aku ulang bce kan...siak betul,bosan bongak HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAH
BTW,tq kepada yg sudi bce story sye..Love you guys muchhhh...
<3
YOU ARE READING
1.My Little Blind Boy (SLOW UPDATE)
RomanceBeautiful cover by @mainlykath (DLM PROSES BAIK PULIH) Sinopsis - SHE'S JUST A FRIEND- Qabril Zirain,anak ketua yakuza terkenal.Dulunya seorang yang sempurna serba serbi.Tetapi akibat pergelutan diantara dua dunia gelap yang berbeza. Mat...