Bab10

94 15 2
                                    

(Kalu Xboh rugi..yg last ii jgn lupe bce haha)

Didepan pintu wad dimana terletaknya Asiah dan Jibril berdirinya seorang abang yang kelihatan terpegun dengan dada berombak marah.

Dengan marah Khai melangkah laju ke Jibril dan Asiah lalu berdiri ditengah tengah antara mereka bersama muka bengis.

Geram betul dia.Baru tinggal kejap dah jadi macam macam....Agak agak kalau dia datang lewat sikit,maunya terbabas.

"Korang buat ape ha? Haram bangang HARAMMMMMM!!!!!!"sambil berkata kata.Kepala Asiah dan Jibril dipukul serentak.Kalau boleh nak aje dia sebat,tak tahu halal haram ke siakkkk.

Jibril terkebil kebil menyentuh bibirnya sendiri menggunakan tangan kiri manakala kepalanya yang dipukul digosok menggunakan tangan kanan.

Apa ye dia buat tadi? Kalau tak silap dia lah,tadi dia nak tekan butang kecemasan lepastu Asiah halangkan.

Berkerut kerut muka dia cuba ingat balik apa yang berlaku..Haaa lepastu mereka cium...ye ye mereka bercium..

Ciu-

CIUMMMM!!!!

Terkejut punya pasal terus dia pandang Asiah dengan terkelip kelip.Sudah,ni mesti ada setan dekat tengah tengah mereka tadi.Sebabtu boleh terbabas sikit tu.

Hilang kesucian bibir aku..

Mata hitam pekat Asiah bertentangan dengannya.Jelas sekali Asiah masih belum sober.

"Hah pandang lagi...Dah dah,lepasni Asiah ikut aku balik..dah tak selamat dia duduk dengan kau adik beradik..Lain macam terus perangai dia"

Dengar aje perkataan balik.Asiah pusing tengok abang dia sambil tersengih suka.

"Balik? Asiah boleh balik?"soal Asiah dengan muka bercahaya.Dia boleh balik...yeayyyy dia boleh balik.

Khai angguk perlahan.Biarlah Zrain nak apa apakan dia sekalipun.Lantak,yang penting Asiah ada depan mata dia.

Jibril hanya diam cuba memproses keputusan yang telah dibuat sahabatnya.Balik? Asiah kena balik?

Kalau Asiah balik,mesti si tua Zrain tu mengamuk kan,kejap.Kalau dia mengamuk,dah sah sahlah bangkai Khai aje nanti yang dia bakal jumpa.

Terus Jibril gelengkan kepalanya laju.Tak boleh tak boleh.Keputusan Khai bahaya,bahaya buat Khai bahaya buat Asiah.Nyawa mereka penting.

"Asiah kena duduk dengan aku...Kalau dia ikut kau balik,dah sah sah si tua yakuza tu mengamuk siall"bantah Jibril keras.Sehingga tak sedar dia berdiri mendadak sambil menayang wajah garang tepat didepan Khai.

Khai angkat keningnya sambil tersenyum sinis.Kedua dua tangannya naik memeluk dada manakala bibirnya terukir senyuman sinis.Tergeleng geleng kepala dia mendengar bantahan Jibril.

Rasa lawaklah pulak.Apa si Jibril ni fikir,lepas apa yang dia nampak tadi dia masih nak tinggalkan adik dia dengan kasanova depan dia ni?.Memang tak lah.

Asiah yang berada diatas katil pandang Khai dengan Jibril silih berganti.Sungguh dia masih tak paham apa yang diorang bincangkan.Otak dia terasa macam benak je lepas kes culik semalam.

"Pandai pandailah aku sorokkan adik aku..."

Bahu Khai ditepuk sinis.Dengan beraninya mata Khai dia tentang.

"Kau tahukan dia hanya perlu ambil masa lima minit untuk siasat tentang ni dan walla,bukti terus depan mata.Tapi kau..masih yakin ye.Aku suka keyakinan kau Khai tapi kau lupa sesuatu.."

Jibril jeda sebentar.Dia pusingkan badan menghadap meja pesakit yang berada dibelakangnya lalu air kosong diteguk rakus.

"Dia mungkin takkan bunuh kau..tapi Asiah? Kau yakin dia akan selamat?"

Perlahan lahan sel sel kepala otaknya bersambung satu persatu.Terdiam dia disitu apabila memikirkan kemungkinan tersebut.Tangannya yang tadi bersilang turut jatuh kesisi.Keyakinannya yang berada dilangit ketujuh terus merudum jatuh.

Asiah yang masih belum dapat memproses setiap turut kata Jibril dan Khai hanya diam mendengar.Cawan yang berada ditangan Jibril dirampas lalu air kosong ditambah.Rakus dia meneguk Air tersebut bersama senyuman naif apabila Jibril berpaling memandangnya bersama kening mencerun.

Apa? Dia dahaga lah...

Manakala situasi diluar pintu wad tersebut...

"Masuklah"arah Ratu keras.

Zeus gelengkan kepala dia laju.Memang tak ah dia nak masuk,macam sauna je dekat dalam wad tu sekarang ni..Hilang segala semangat dia nak melawat Asiah bila tolak tolak aje pintu wad,terasa aura membunuh menusuk masuk menembusi setiap inci kulitnya.

"Kau masuk dulu"arah Zeus lalu tubuh Ratu ditolak kuat masuk kedalam.

Kerana daya tolakan Zeus yang sedikit kuat menyebabkan Ratu merempuh pintu wad sehingga terbuka sebelum dia jatuh melutut tepat dekat depan pintu.

Serentak dengan itu tiga pasang mata memandang mereka tajam.Zupp terus masuk ke hati.

Zeus tersengih janggal.Kepalanya digaru sebelum dia menunduk mengutip beberapa butir buah yang yang tercampak kesan daripada tolakan dia dekat Ratu tadi.Rasanya dia tolak slow aje,macam mana adik dia boleh tercampak macamtu sekali? Kalau tahu lah Ratu nak tercampak begitu.Dah lama bakul tu dia ambik pastu pegang sendiri.Tak payah susah susah kutip.

Zeus disebelah dijerlingnya geram.Kurang ajar punya abang,rasa macam nak aje dia bunuh.Sampai hati tolak dia jatuh.Berkerut kerut muka dia tahan sakit pada bahagian lutut,perlahan aje dia bangun berdiri lalu berjalan menghampiri Asiah bersama senyuman kelat.

Bakul buah dia letak atas katil."Kau okey?"

Asiah angguk sambil tersenyum mesra.Menjawap bahawa dia okey tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Woiii,mailah tolong aku kutip ni..Makan je tahu kau ye"arah Zeus dari belakang.Berkerut kerut muka dia tahan geram.

Malas nak layan.Ratu langsung tidak membalas arahan Zeus malah dia terus keluarkan pisau yang dia bawa untuk kopek kulit buah.

"Aku tolong kopekkan kulit ek...pastu kau makan banyak banyak"kata Ratu sambil tersenyum mesra.

Manakala Jibril dan Khai yang masih belum habis bergaduh mulut hanya dipandang Ratu bosan.Mereka kalau jumpa,ada je nak digaduhkan.

Sambil tangan dia bergerak mengopek kulit buah.x dia tanya Asiah apa yang digaduhkan Jibril dan Khai.Tetapi jawapan yang dia dapat agak tak memuaskan apabila Asiah hanya angkat bahu tanda Tak tahu apa apa.

____________

Maaf otak cliche ah..no idea huhu..

Btw apa apa pun.Jgn lupe tekan vote okeyyy kalau sudi follow sekali..

Love you guys muchhh..

<3

Eh eh tggu kejp..kena bce dulu yg bwh ni kalau x korng yg rugi haaa..

So senanya ann..

Pernah dgr tak give away dalam wattpad..tapi aku tak pastilah ade ke tak orng buat give away dalam ni tpi aku nak buat lah.

Ehh eh bukan sekarang yee..

Cukup 300 vote pastu followe aku naik dalam 150 macam tu bru aku open give away...

Apa hadiahnya?

RAHSIAAAAA...;

Ehek hadiah diaaa lumayan lah jugak.

Free je..ehek..

Eh eh bkn free..ade rules dia tpi tggulah vote dgn followe naik sikit ahhahaha..

Kalau rse nak hadiah cpt cpt..blh lah tag kengkawan eh..hehe

1.My Little Blind Boy  (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now