Senyuman langsung tidak luntur pada muka Qabril tika ini.Masih terbayang bayang riak comel gadis yang menarik perhatiannya sebentar tadi.Rasa nak gigit je.
Aduhai..
Tangannya menopang dahi menghadap tingkap kereta.Sebenarnya dari masuk ke pasar payang sehinggalah dia balik tadi.Matanya langsung tidak dapat dikalihkan dari memandang gadis tadi.
Dari jauh sudah dia dapat rasakan aura yang kuat daripada gadis tadi.Aura yang menariknya untuk mendekati sehingga kerja yang sepatutnya siap terpaksa ditunda apabila dirinya langsung tidak dapat fokus.
"Khai"
Khai yang memandu hanya berdehem.Masih geram apabila kerja tertunda.Sudahlah mereka di terengganu,entah macam manalah Tuan Zrain boleh melepaskan anaknya untuk menguruskan kerja ini sedangkan dia tahu tentang dimana terletaknya Asiah.
Kalau mereka bertemu,entah apalah yang jadi agaknya.Diantara dia dan Asiah,yang manalah bakal dibunuh apabila rahsia mula terbongkar.Dia pasti rahsia ini tidak akan bertahan lama.
"Khai"panggil Qabril lagi tapi kalini lebih keras apabila Khai kelihatan acuh tidak acuh saja menjawap panggilannya.
"Ye Qabril."
"Kau rasa awek tadi suka aku tak?"soal Qabril dengan senyuman yang panjang.Angau.
Lupa sudah dengan gadis pujaannya Asiah.
"Yang mana?"soal Khai dengan muka berkerut.Pelik,bila masa pula Qabril ada bertemu dengan sesiapa.Dia tak perasan pun.Sesekali dia mengerling ke side mirror sisi,memandang pantulan Qabril yang tersengih angau.Tinted yang cerah memudahkan lagi penglihatannya.
"Tadi...ada aku jumpa awek tu.Cantik weh,dengan rambut ikat toncang lepastu kulit putih melepak.Fuhh menggoda.."
Khai buka mulut ingin menyampuk tetapi terpaksa ditutup kembali apabile melihat Qabril yang ingin menyambung kata katanya.
"Lepastu,aku pergi jumpa dia.Dia punya tengok aku,terkejut sangat.Macam tengok hantu.Kacak sangat aku agaknya.."sambung Qabril lagi.Terbayang bayang dimata dia gadis itu berdiri sambil melambai kearahnya.
Khai mendiamkan dirinya sesaat.Memikirkan kembali kata kata Qabril sehinggalah kepalanya mengulang perkataan terkejut.Air liur ditelan kesat,entah kenapa rasa macam tak sedap hati pula.
"Kau ada tanya nama dia? Nombor fon?"soal Khai dengan suara yang cuba diselambakan.
Wajah yang tadi tersengih angau mula redup.Qabril mula mengengsot ke kerusi tengah lalu menjengahkan sedikit kepalanya kehadapan memandang Khai yang memandu.
"Diaa..."
Suara Qabril yang meleret menarik perhatiannya.Dia kerling muka Qabril yang redup menghadap dirinya.Adalah tu benda tak kena.Tahu sangat dah kalau buat muka macam tu.
"Dah ada suami.."sambung Qabril lagi.Badannya mula disandarkan pada kerusi dengan tangan yang menyilang dada.Muka cemberut geram.
"Nama dia?"
Soalan Khai hanya dibalas dengan jelingan.Keluhan keras dilepaskan.Telefon yang berada didalam poket seluar ditarik keluar.Whatsapp dibuka dan discroll satu persatu.
"Usianda"balas Qabril acuh tak acuh.Berkerut sedikit mukanya apabila mendapat satu mesra daripada Aurora,maid rumahnya.
Manakala Khai terkedu sendiri.Nama yang disebut anak tuannya diulang.Berkali kali diulang sehingga tidak sedar mulutnya bergerak gerak menyebut nama si adik.Riaknya mula berubah cuak.Rambut disauk kebelakang.Duduknya pula mula terasa tidak kena.
"Khai..pecut cepat!! Kita ada masalah!!!"arah Qabril risau.Langsung tidak sedar akan ketidak selesaan Khai didepan.
Tanpa menunggu lebih lama.Minyak ditekan dan kereta dipecut laju.Kalau dah Qabril risau semacam,adalah tu benda tak kena.
••••••••••••••••••••••••••••••••••
Pintu kereta dibuka kalut.Qabril berlari masuk kedalam rumah banglo satu tingkat yang telah disewanya laju.Kunci dimasukkan kedalam tombol,buka sahaja pintu rumah dia mengeras dihadapan pintu yang terbuka.Langsung tidak bergerak dengan muka yang terpempam.
"Qabril? Kenapa berdiri dekat sini? Masuklah.."kata Khai pelik.Qabril dilepasinya,masuk sahaja kedalam rumah.Khai terkedu.Rumah yang berselerak dipandang risau.Terus dia berlari ke arah bilik Aurora.Tombol dipulas pulas tapi masih tidak berjaya.Seperti terkunci dari dalam.
"Khai tepi.."tersentak dengan jeritan itu.Khai bergerak ke tepi dan Qabril merempuh pintu bilik kuat.
Terbuka saja pintu,mereka berdua berdiri disitu kaku memandang kedepan.Qabril Urut bahunya yang berdenyut dengan mata yang membulat pandang kedepan.Mengerinyit sedikit matanya apabila dia memicit perlahan.Manakala Khai sudah terduduk melutut.
Darah yang terkena pada lututnya dibiarkan malah dia mengengsot kearah mayat Aurora perlahan.Bergenang air matanya.
"Aurora!! Jangan buat aku macam ni wehh..sayang!!"jerit Khai kuat.Tubuh Aurora digoncang kuat,berharap sangat apa yang berlaku didepan matanya hanyalah mimpi.Inilah rupanya sebab kenapa dia tidak setuju untuk membawa Aurora bersama mereka.
"Khai..!"sebut Qabril perlahan.Bahu Khai disentuh,turut merasa kesedihan Khai.Aurora sudah dia anggap adiknya sendiri.Apatah lagi gadis itu yang menjaganya ketika Asiah meninggalkan dia.
Dan yang paling dia tak sangka,Khai memanggil gadis itu sayang.Mereka bercintakah? Secara tiba tiba hatinya dipagut rasa bersalah yang amat.Kalau betul andaiannya,bermakna kematian Aurora adalah salahnya.
Kuat Khai tepis tangan Qabril yang berada dibahunya."ni semua salah kau..!! Aghhhh"marah Khai kuat.Air mata yang mengalir dikesat kasar.Ye,ni semua salah Qabril.
Khai berdiri tegak.Dia berpaling memandang Qabril tajam."kau perlu bayar semua yang berlaku ni Qabril!!"deram Khai lagi.Terus dia berlari keluar begitu saja meninggalkan Qabril tanpa berpaling.
••••••••••••••••••••
725 words
Writer block gaiss...
Pape pun..aku target nk dpt 300 vote...
Jgn lupa lepas bce tekan vote dan follow ye..tq.<3
Maaflah ye kalau membosankan..
Ni pun aku dah perah otak aku seperahnya..
Nk cpt cpt habiskan kalau boleh.Tak nak lama lama simpan huhu..
YOU ARE READING
1.My Little Blind Boy (SLOW UPDATE)
RomantizmBeautiful cover by @mainlykath (DLM PROSES BAIK PULIH) Sinopsis - SHE'S JUST A FRIEND- Qabril Zirain,anak ketua yakuza terkenal.Dulunya seorang yang sempurna serba serbi.Tetapi akibat pergelutan diantara dua dunia gelap yang berbeza. Mat...