Bab7

100 20 0
                                    

Media:Song Ji Hyo As Ratu

Bab7

Jibril menyedut rokoknya perlahan lalu asap dihembus keluar.Bergerak gerak halkumnya menahan rasa perit rokok tersebut tapi apakan daya,dia sudah ketagih.Tajam matanya merenung kearah tiga orang figura dihadapannya,dua orang berwajah bersalah dan seorang kelihatan tegang.

Dimana kedudukan mereka tersangatlah memalukan apabila kedua dua orang yang bersalah tersebut duduk melutut dihadapan seorang lelaki yang beriak tegang.Seperti dua orang anak kecil telah berbuat satu kesalahan besar sehingga menaikkan amarah sang ayah.

"Khaiiiii,aku minta maaf.Ak...aku tak tahu benda ni akan jadi"setelah sekian lama mendiamkan diri.Zeus bersuara,sesekali matanya mengerling kearah Ratu yang menunduk teresak esak ketakutan.

"Diam,aku datang sini pandu berjam jam bukan nak dengar perkataan maaf dari mulut kau"deram Khai perlahan tapi cukup untuk meriding bagi sesiapa yang mendengar.Jelas dia cuba menahan amarah yang berleluasa dengan mengetap rahangnya kuat tetapi lain yang jadi apabila amarahnya terasa semakin menggunung.

"Ak...."

"DIAM"jerkah Khai kuat,terus memotong kata kata yang Baru sahaja ingin keluar daripada mulut Zeus.

Jibril sedikit tersentak mendengarkan suara Khai yang kelihatan tinggi daripada julatnya.Pertama kali dalam hidupnya dia melihat seorang Khai Uzranda mengamuk sebegini rupa.Selama mereka berkerjasama,Khai tidak pernah menunjukkan sisi barannya yang satu itu.

Sisi syaitan...

Baru sahaja dia ingin melangkah kearah Khai,getaran yang terasa didalam poket seluarnya membantutkan pergerakan.Langas telefon dicapai lalu panggilan itu diangkat.

"Hmm"

"Budak baru? Fresh?"soal Jibril perlahan,matanya tajam merenung kearah Khai yang kelihatan berang sehingga Zeus ditumbuk kuat.Terjungkit sedikit bibirnya.Mungkin kalau dia,bukan setakat tumbuk aje,disepak terus.Pepandai sangat buat keputusan.

"aku datang..."

Usai berkata kata panggilan itu dimatikan."Khai,aku gerak markas..Ada kerja sikit...pasal Asiah Kau jangan risau,nanti aku hantar anak buah aku carikan"

Khai diam tidak mengangguk.Kasar dia berdiri meninggalkan ruang tamu rumah itu lalu berjalan kedalam biliknya,pintu dihempas kuat.

Jibril tersenyum sinis.Punggung rokok ditenyeh pada tengah bekas habuk rokok tersebut manakala mata tajam merenung Zeus dan Ratu yang masih melutut tidak bergerak.

"Kalau aku,aku tak tumbuk Zeus...Aku bunuh "kata Jibril sebelum turut meninggalkan ruang tamu terus menuju kearah keretanya bersama tangan yang dimasukkan kedalam poket.

Mendengarkan kata kata itu,Zeus tersentak.Betul,pernah dia bergaduh dengan Ratu sehinggakan dia drop Ratu ditepi hutan sehingga kejadian tidak diingini berlaku.Makan bertahun juga untuk Ratu mengambil masa memaafkannya sehinggakan Jibril turut tidak bercakap malah kewujudan dia didalam rumah itu terasakan seperti halimunan.

Asiah,bisiknya dalam hati dengan air mata yang mula mengalir.Perasaan bersalah menebal didalam hati sebelum dia bangun,kunci kereta yang berada diatas meja dicapai.

Ratu yang melihat Zeus ingin berura ura pergi itu turut berdiri bersama wajah sembap.

"Kau nak kemana?"soal Ratu bersama suara yang serak.

"Cari Asiah"gumam Zeus perlahan.

Walaupun perlahan tapi masih sampai kedalam pendengaran Ratu.Bergegas Ratu mengambil kunci moto berkuasa tingginya,ingin bersama sama mencari Asiah.

Takut jika perkara yang berlaku padanya beberapa tahun yang lepas terjadi kepada Asiah.Tapi kalini bukan Zeus sahaja yang bakal disalahkan malah dia turut terbabit sama.

———————

Keretanya dipandu laju,entah kenapa dia terasa bersemangat pula ingin pergi ke markas harini padahal kebiasaannya pergi ke markas merupakan perkara yang paling malas dia ingin lakukan.

Terasa keretanya lambat pula bergerak,dia menekan minyak kuat.Berderum laju keretanya diatas lahan raya tersebut.

Sesampai sahaja di markas,pintu kereta dibuka lalu anak kunci dibaling laju kepada anak buahnya yang berjaga di luar.

"Tolong parking kan kereta ye,gaji lebih"arah Jibril kalut sebelum dia menghilang disebalik dinding.

Wajah orang kanannya dicari bersama jantung yang berdetak teruja.

"Mana?"soalnya laju setelah wajah orang kepercayaannya muncul didepan mata.

Ikram tersenyum memandang tuannya.Pelik pula tiba tiba aje bos dia bersemangat semacam,biasanya lesu aje.

"Dia dekat dalam tuan,tuan masuklah dulu.Dia kami simpan khas untuk bos...fresh gituuu"kata IKRAM selamba sambil tersenyum nakal.

Jibril angguk laju lantas dia berlari kedalam bilik yang disediakan khas untukny.Tolak aje pintu,wajah yang tadinya teruja berubah keruh.Badan ramping yang terbaring lesu diatas katil biliknya dipandang tajam.Perlahan lahan dia jalan mendekati si gadis,baju gadis itu dibelek perlahan.Entah kenapa macam kenal aje baju ni ek.

Dengan tertanya tanya dia memandang wajah gadis itu pula sebelum dia terpempam hebat.Nafasnya mula bergerak laju menahan amarah.Patutlah macam kenal baju ni,baju dia yang beli..

Tangan kanannya menyusup masuk kebawah lutut Asiah manakala tangan kiri masuk dibawah leher gadis tersebut.Terus dia angkat tubuh gadis itu gaya bridal lalu melangkah keluar bersama wajah bengang.

Sambil mendukung gadis itu,kehulu kehilir dia mencari Ikram.Malah anak anak buahnya yang duduk melepak didalam markas itu turut memandang tuannya pelik.Nak ditegur takut kena maki,muka garang semacam aje.

"IKRAMMM"jerit Jibril lantang.Asiah yang berada didalam dukungannya langsung tidak terkutik berbeza pula reaksi anak anak buahnya yang tersentak sehingga berdiri tegak memandangnya takut takut.

Kalau Jibril menjerit memanggil Ikram,itu bermakna mereka telah melakukan kesalahan besar.

Ikram yang berada didalam biliknya sibuk bercumbuan tersentak.Lantas gadis dihadapannya ditolak kuat sebelum dia bergegas keluar menghampiri tuannya yang kelihatan marah,matanya sempat menangkap gadis yang berada didalam dukungan Jibril sebelum dia berdiri tegak dihadapan lelaki itu bersama wajah kosong.

Lain pula hatinya yang mula kecut ketakutan.Sial,apa benda yang salah pulak ni...

"Ye tuan"

Tajam Jibril memandang Ikram.Sungguh lah kalini amarah dia dah tak boleh dikawal.Rasa nak bunuh aje semua anak buah dia sekarang ni,tak boleh dipakai.

"Kau bagi dia ubat apa bodoh?"soal Jibril kasar.

"Ub....ubat tidur tuan"balas Ikram gagap.

Jibril angguk faham.Ubat tidur ye...

—————

Jgn lupe tekan vote okey..kalau sudi komenlah sekali.. hehe

Kalau ada rse bosan bce cerita ni bgithu Fifi cepat cepat ye..jgn buat diam huhu...

Ashelamat malam gaissss...harini tetiba otak saya banyak idea..takde writer block harini.Tu yg hapedik tu..hehe

So love you guyssss hehe...

<3

1.My Little Blind Boy  (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now