Bab5
Sebulan....
Sudah sebulan berlalu dimana Asiah mula menamatkan kontrak dan meninggalkannya tanpa berita dan dalam masa sebulan itu jugalah dia mendapat seorang penderma.
Dan sekarang,dia hanya perlu menunggu sehingga balutan matanya dibuka.Sungguh dia tidak Sabar ingin melihat dunia kembali dan yang paling penting,dia nak jumpa Asiah dan jadikan gadis itu isterinya.
Lima hari je lagi...Hanya tinggal lima hari sahaja lagi masa untuk membuka balutan tersebut dan dia masih tersengih sengih.Sengihan itu langsung tidak luntur dalam masa beberapa hari tersebut.
Secara tiba tiba sengihannya jatuh mendadak apabila teringatkan sesuatu..
"Abang Khai" panggil Qabril perlahan.Dari berbaring terus dia bangun dan duduk menegak.
Khai yang sibuk membelek majalah ditepi katil pesakit tersebut menangkat kepalanya apabila namanya dipanggil.Hanya sekejap sebelum dia menundukkan kembali mukanya memandang majalah."Kenapa?"soal Khai bersahaja.Majalahnya dibelek satu persatu,cuba mencari sesuatu yang menarik perhatiannya.
"Abang Khai tahu tak dekat mana Asiah tinggal..? Orang tak sabarlah nak jumpa diaaa...rinduuu"
Khai yang mendengar soalan itu tersedak sendiri.Lantas majalah itu ditutup lalu kotak suaranya dibaiki,kakinya yang tadi turut bersilang sudah dijatuhkan.
Aduhaiii dalam banyak banyak soalan,soalan ini juga yang ingin ditanya.
Khai kerling sebentar kearah Qabril yang masih setia menunggu jawapan darinya.Pelbagai alasan cuba direka didalam kepalanya tetapi masih tidak menemui jawapan yang dirasakan logik.
"Abang Khai?"panggil Qabril lagi apabila Khai mendiamkan diri dan langsung tidak menjawap soalannya.
"Haaa yeye,abang tak ingat lah rumah dia dekat mana Qabril.Dah nak dekat sebulan tak pergi kan"
Laju Khai membalas apabila Qabril mula memanggilnya untuk kali yang kedua.Sudahlah dia tak berapa pandai sangat bab bab menipu,kalau bukan kerana terpaksa.Mau aje dia bagitahu semuanya aduhaiii.
"Yeke?"entah kenapa dia terasa ragu ragu mendengarkan jawapan daripada Khai.Macam menipu pun ada,takkan baru sebulan tak pergi dah lupa.
"Yeeeee"
Mendengarkan suara Khai yang meleret itu Qabril angguk perlahan.Tapi dalam diam dia masih was was untuk mempercayainya.
Takpe,dia akan cari tahu juga nanti.Dia pasti sangat tentang itu.
Perlahan dia kembali membaringkan badannya mengiring membelakangi Khai.
Khai yang masih memandang tindak tanduk Qabril dalam diam menghembuskan nafas lega.Boleh tahan juga dia berdebar tadi,takut disoal lagi dan lagi.Harapnya ni kali terakhirlah Qabril menyoalnya tentang Asiah.Dia tak kuat untuk menipu apatah lagi dia masih belum sempat untuk melawat adiknya disana.Perasaan rindu yang hadir sungguhlah menyeksakan.Nak ditelefon takut kantoi pula,sudahlah dia perlu berada disisi Qabril secara tetap buat beberapa bulan ini sebelum kembali ke sisi tuan asalnya.
"Qabril...dah tidur ke? Abang turun kejap ye,cari makanan...Kau nak makan apa apa tak?"
Diam.
Terangkat sedikit kening Khai dibuatnya.Cepat pulak anak bos dia tidur.Tanpa melakukan sebarang bunyi,dia melangkah kearah kanan katil tersebut lalu wajah Qabril dipandang lama.Cuba memastikan bahawa lelaki itu betul betul tidur atau hanya berlakon semata mata.
Lama dia merenung wajah itu sebelum dia angguk sendiri.Dah pasti sangat dah tu tidur tu kalau dah mengeruh kuat semacam.
Baru aje dia berpaling ingin melangkah keluar,secara tiba tiba hatinya terasa sesuatu.Tak sedap hati,rasa macam ada benda yang akan berlaku,tapi apa?"
YOU ARE READING
1.My Little Blind Boy (SLOW UPDATE)
RomanceBeautiful cover by @mainlykath (DLM PROSES BAIK PULIH) Sinopsis - SHE'S JUST A FRIEND- Qabril Zirain,anak ketua yakuza terkenal.Dulunya seorang yang sempurna serba serbi.Tetapi akibat pergelutan diantara dua dunia gelap yang berbeza. Mat...