Sudah dua hari dia tidak pergi ke taman untuk melakukan tugasnya yang satu itu.Dan harini dia kembali.
Kembali menjadi stalker Abang kacak kesayangannya.
Ara meliarkan matanya mencari susuk tubuh itu.Agaknya lah kan,Abang kacak dia datang tak harini?
Tiga batang Lolipop besar berbentuk hati didalam tangannya direnung.Dua batang lolipop dipisahkan dan disumbat masuk kedalam poket seluar manakala satu batang dibuka untuknya.
Tempat duduk kegemarannya dicari,Malas malas Ara melangkah kearah kerusi.
Punggungnya dilabuhkan bersama keluhan panjang.Plastik lolipop dicampak keatas tanah.Sambil matanya meliar mencari susuk tubuh itu,lidah dia sibuk menjilat lolipop ditangan.
Jam tangan barbie yang dipakai ditangan kiri dia pandang sekilas.Mukanya mula berubah cemberut.Kenapa Abang kacak dia datang lambat harini? Biasenya pukul tiga dia dah ada..
Kerana terlalu ralit menjilat lolipop,langsung dia tidak sedar akan satu susuk tubuh yang terbongkok bongkok berjalan dibelakangnya bersama senyuman nakal.
BAH!!
Tersentak dengan kejutan dibelakangnya,lolipop ditangan jatuh menyembah lantai manakala dia berpaling memandang lelaki yang sibuk gelak tak ingat dunia.Kedua dua tangan naik mencekik pinggang bersama mata yang mencerlung garang.
Geram betullah dia...kenapa perlu ada manusia macam lelaki depan dia ni? Menjengkelkan je hidup..
"Abang jongang ni dah kenapa? Suka sangat kacau orang."
Lelaki itu hanya gelak dan gelak.Ya Allah kenapa hodoh sangat muka budak tu ye?
Ara mendengus geram.Benci betullah dia..baik jangan hidup kalau suka menyusahkan orang...
Apabila tawanya mula reda,barulah lelaki itu perlahan lahan melangkah kearah Ara sambil mengesat air matanya yang keluar.
Ahh hidup aku sentiasa berbunga bila tertemu dengan budak hodoh ni..monolognya dalam hati.
Punggung dilabuhkan disebelah Ara,sambil sambil tu sempat dia menjeling sekilas kearah Ara yang masih berdiri memeluk dadanya dengan mulut sedepa kedepan.
"Eh Budak hodoh...meh ah duduk sini"ujar lelaki itu sambil menepuk tempat kosong disebelahnya.
"Ah tak nak saya,baik saya balik.Tak tenang betul hidup saya kalau jumpa abang jongang.Kalau jumpa abang kacak seronok jugak"serentak dengan itu Ara melangkah pergi sambil menghentak hentakkan kakinya.Langsung tak sedar bahawa sebatang lolipop kesayangannya jatuh keluar daripada poket seluar.
Lelaki itu hanya tersengih.Kedua kedua belah tangan diletakkan dibelakang leher sambil bersandar tenang dekat kerusi.Senyuman masih belum luntur dari wajahnya.
Haihh budak hodoh pujaan kanda...
"Qabril!!!"
YOU ARE READING
1.My Little Blind Boy (SLOW UPDATE)
Lãng mạnBeautiful cover by @mainlykath (DLM PROSES BAIK PULIH) Sinopsis - SHE'S JUST A FRIEND- Qabril Zirain,anak ketua yakuza terkenal.Dulunya seorang yang sempurna serba serbi.Tetapi akibat pergelutan diantara dua dunia gelap yang berbeza. Mat...