Terkekek kekek budak perempuan lingkungan sebelas tahun itu ketawa bersama sebatang lolipop didalam genggaman.Rambut yang ditoncang dua menambahkan lagi kecomelannya.
Pipinya yang pau itu kemerahan merahan apabila dia masih ketawa tidak henti memandang dua orang remaja lelaki yang bergurau senda tidak jauh darinya.
Entah apa yang kelakar dia tak pasti tapi setiap kali dia tengok muka tu,dia mesti akan tersenyum bahagia.
Crush dia...
abang kacak...
Lolipop tersebut dijilat penuh minat manakala Matanya masih tajam abang kacaknya.
Bunyi Azan asar menyentakkannya daripada terleka,lantas dia berdiri ingin berlalu pergi Takut Jika dia terlambat pulang.Mamanya bakal membebel tanpa henti.
Poket seluarnya digagau mencari sesuatu menggunakan tangan kiri manakala tangan kanan masih setia memegang lolipopnya.Dia nak bagi hadiah dekat abang kacak dia,sebab dia tak pasti esok dia boleh datang ke tidak.Dia datang ke taman itu pun hanya kerana abang kacak pujaannya.Kalau tak mungkin dia akan terperuk didalam rumah membesarkan badan.
Terasa sesuatu yang keras berada didalam poketnya,terus dia tarik benda itu lalu senyuman tersungging.Terlupa pula yang tadi dia beli lolipop itu dua,satu lagi berhajat nak makan dekat rumah tapi takpelah.Untuk abang kacak,Ara sanggup bagi apa aje.
Dengan malu malu dia berlari kearah dua orang remaja lelaki tersebut.Sesampai dihadapan abang kacak pujaannya,lolipop dihulur bersama wajah yang tertunduk malu manakala kedua dua lelaki itu memandang pelik.
"Untuk sape ni dik?"soal abang kacak pujaan Ara bersama kening yang berkerut.Dia sebenarnya tahu lolipop tu dihulurkan pada dia tapi dia tetap nak tanya.Kot kotlah budak ni nak bagi dekat kawan dia tapi malu kan.
"Untuk abang kacak"ujar budak itu laju malah kepalanya juga semakin menunduk.Malu yang amat.
"Abang kacak?"
Budak perempuan itu angguk laju,malas menunggu terlalu lama tangan kanan abang kacaknya dicapai lalu lolipop tersebut diletakkan diatas telapak tangan lelaki itu selamba sebelum dia berlari pergi.
Abang kacak...
Ara harap kita dapat jumpa lagi...
Ara sayang Abang kacak....
Lelaki yang memegang lolipop itu ketawa perlahan melihatkan tubuh comel itu.
"Dikkk!!! Nama abang Jibril,nanti kita jumpa lagi ye...Terima kasihhhh"jerit Jibril kuat bersama sebuah senyuman.Dia tahu budak perempuan itu sentiasa ke taman ini tapi bukan untuk bermain.Apa yang dia lihat,budak perempuan itu akan duduk dekat tempat yang dia duduk sebentar tadi Sambil memandangnya bersama sebuah senyuman.
Dan dia..
Jatuh hati dengan kecomelan itu...
Cute..
"Jibril Jibril...dengan budak budak pun nak mengorat kau ye..macamlah comel sangat budak tu..gemok"cemuh kawannya selamba.
Jibril menjerling kawannya geram.Mulut longkang betullah dia ni.
"Tak comel dekat mata kau..bagi aku dia comel.."kata Jibril sambil tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi.
Lelaki itu hanya tersenyum sinis lalu menggeleng perlahan.Comellah sangat,hodoh je aku tengok.
———————
Alhamdulillah settle bab 8...Sye tak kesah pun korang nak jdi silent reader Sbb sekurang kurangnya ade orng bce kan tapi..tekanlah vote tanda support..hehe
Tq kepada readers yang sudi bce story sye...
...Selamat malam,doa tidur dan ayat kursi Jgn lupa bce...
<3
YOU ARE READING
1.My Little Blind Boy (SLOW UPDATE)
RomanceBeautiful cover by @mainlykath (DLM PROSES BAIK PULIH) Sinopsis - SHE'S JUST A FRIEND- Qabril Zirain,anak ketua yakuza terkenal.Dulunya seorang yang sempurna serba serbi.Tetapi akibat pergelutan diantara dua dunia gelap yang berbeza. Mat...