Dua hari sebelum kedatangan Qabril ke terengganu.
Khai duduk menyilangkan kaki sambil bersandar menghadap Tuan Zrain.Tangannya turut bersilang memeluk dada dengan muka ketat.
Dia marah sangat ni,sampai dah tak boleh nak kawal riak mukanya walaupun dia tahu lelaki didepan dia sekarang merupakan seorang ketua.
"Kenapa kau datang ni?"
Mendengarkan soalan yang diajukan.Hujung bibir Khai terjungkit sedikit.Kerusi ditarik kehadapan,merapatkan dirinya dengan meja yang berada ditengah tengah antara mereka.
"Kau tahukan apa yang kau buat?"
Kata Khai keras.Tajam dia pandang Tuan Zrain yang hanya tersenyum kecil sedang membelek dokumen yang berada ditangannya.
"Aku buat apa?"
"Gila!! Kau tahukan kau hantar dia pergi terengganu.."nafasnya turun naik.Pembumbuk dikepal dengan mata membulat.
"Tahu"balas Tuan Zrain selamba.Malah dari satu dokumen dia menukar ke dokumen yang lain.
Bengang melihatkan Tuan Zrain yang hanya berlagak biasa.Khai berdiri kasar sehingga kerusi yang tadi didudukinya tertolak kasar ke belakang.
"BODOHLAH!!!"jerkah Khai kuat sehingga bergema didalam pejabat milik Tuan Zrain.Dia melangkah laju kesisi meja menghampiri Tuan Zrain lalu kolar kemeja milik Tuan Zrain digenggam dan ditarik kearahnya kasar.
"Hey orang tua,dengar sini..kalau ada apa apa yang terjadi...kau jangan cuba salahkan aku sekeluarga.FAHAM TAK!!"
Mata Tuan Zrain terkejip apabila air liur milik Khai terpecik kearahnya.Tangan Khai yang menggenggam bajunya direntap lalu dia menolak tangan lelaki itu kembali kesisi.Bahu Khai ditepuk sedikit.
"Aku tak kesah apa jadi..yang penting urusan aku disana selesai dan kalau kau nak selamat,jangan biarkan mereka bertemu.."Usai berkata kata Tuan Zrain senyum sinis.Rahang Khai yang kelihatan bergerak gerak ditepuk sebelum satu dokumen dicapai dan dia melangkah keluar meninggalkan Khai sendirian.
"Oh ye!!"
Khai hanya diam tidak berpaling memandang Tuan Zrain yang sudah berdiri dihadapan pintu.Penumbuk masih belum dilepaskan.
"Hati hati.."sambung Tuan Zrain lagi.Terasa sinis pada pendengaran Khai sehingga amarah yang ditahan dari tadi dilepaskan pada meja kerja milik Tuan Zrain.
Habis dia sepahkan segala barang yang ada diatas meja.Kerusi turut diterajang kuat.Melepaskan geram yang berbuku.
Dadanya naik turun bengang.Urut belirat timbul pada lengannya.Dia pasti Tuan Zrain ada rancangkan sesuatu..tapi apa?
Sekeliling pejabat ditiliknya lama sebelum dia melangkah keluar dari pejabat dan mendekati bilik Qabril.
Kuat dia mengetuk pintu bilik itu.Tangan kiri naik mencekik pinggang.
"Kejap!!"
Terus Khai menghentikan ketukan mendengar suara Qabril yang menyahut ketukannya. Hampir lima belas minit dia menunggu disitu barulah Qabril membuka pintu bilik sambil mengemaskan t-shirt polonya.
"Ada apa ni?"soal Qabril.Khai dipandang pelik.
"Bila kita pergi ganu?"
Qabril terdiam sebentar.Sekilas dia pandang muka Khai yang mencuka.Dia berpaling masuk kedalam bilik manakala pintu bilik dibiar terbuka.Meja solek dihampiri.Rambutnya disikat biar terletak rapi.
"Emm lusa kalau tak silap aku.."balas Qabril dengan muka berkerut.Sikat diletak diatas meja solek.Qabril melangkah menghampiri begnya yang tergantung pada dinding.Beg itu dicapai,zip dibuka cuba memastikan bahawa semua keperluannya ada.
Terangguk angguk Khai mendengar balasan.Jamban yang berada didalam bilik Qabril dihampiri.Pintu ditolak.
"Tapi"
Pergerakan Khai terhenti.Dia yang tadi baru ingin melangkah masuk kedalam jamban terhenti.Dia palingkan kepala kesisi,menunggu kata kata Qabril yang seterusnya.
"Papa suruh Aurora ikutlah.."
Serentak dengan kata kata itu.Khai berpaling kasar,terkejut mendengar kata kata dari Qabril.
"Aku pelik,biasanya papa tak suruh pun sapa sapa ikut.Kau ikut tak pelik lah kan,tapi Aurora tu.."sambung Qabril lagi.
"Sial"gumam Khai perlahan.Terus dia berlari keluar,kunci kereta yang terletak diatas meja berhampiran pintu utama dicapai.
Membosankan?Takpe..nanti aku tukar segala jalan cerita ye huhu..
Tggu habis nanti aku edit balik mne yg tk patut..
Pape pun..votelah huhu..sikit lagi nak masuk 300 tu..
Hehe
Tq kepada pembaca novel ni okey..
<3
Syg you gais byk byk..
Sis tk Sabar nk habiskan senanya,Sbb excited nk update Miss Assasin My Babysitter..
YOU ARE READING
1.My Little Blind Boy (SLOW UPDATE)
RomanceBeautiful cover by @mainlykath (DLM PROSES BAIK PULIH) Sinopsis - SHE'S JUST A FRIEND- Qabril Zirain,anak ketua yakuza terkenal.Dulunya seorang yang sempurna serba serbi.Tetapi akibat pergelutan diantara dua dunia gelap yang berbeza. Mat...