Media : Lewis Tan as Khai Uzranda
Bab2
Asiah menggigit kukunya,gementar.Rumah banglo satu tingkat dipandang tak berkelip.Sudahlah dihantar nun hujung dunia.
Ahhh takde gurau je.
Terengganu je pun.
Sudah lima minit dia berdiri dihadapan rumah itu.Langsung tidak bergerak,setia menunggu abang Khai membawa turun luggagenya.
"Lahh sayang,kenapa tak pergi ketuk pintu.Kan panas ni"
Tukas Khai dengan wajah berkerut.Dua luggage bersama satu beg sandang dibawanya manakala Asiah hanya memegang sling beg berbentuk teddy bear miliknya.
Asiah memandang Khai dengan muncung yang panjang sedepa.Air mata turut bergenang.Sengaja ditayangkan wajah sedih agar abangnya bersimpati dan terus membawa dia pulang kembali.
"Kau jangan mengada.Kalau kau rasa dah lama tengok aku hidup,trylah lari.Mana tahu balik balik Nanti tengok bangkai aku je yang tinggalkan"
Selamba Khai membidas.Kedua dua luggage Asiah yang berada dikiri dan kanannya ditarik melepasi Asiah mendekati pintu rumah tersebut.
Pagar?
Awal awal sudah dibuka Khai persis rumahnya sendiri.Langsung tak bersalah.
Asiah menghela nafas panjang.Jika tidak dikenangkan bertapa sayangnya dia terhadap abangnya.Mau sekarang juga dia lari.Biar abang dia saja yang menghadap si tua yakuza tak guna tu.
Dengan malas Asiah melangkah.Wajah dimasamkan,benci betul kalau hari hari kena paksa.Lima tahun kot kena abadikan diri dekat si yakuza tak guna tu,last last tamat kontrak.Ingatkan dah boleh bebas balik,alih alih kena hantar sini.
Sumpah rasa nak mencarut gila sekarang ni.Rasa nak tumbuk aje si tua yakuza tak guna tu.Muka kemain kacak macam muda,perangai macam hanet.
Kelaut habis.
Sesampai dihadapan pintu rumah itu,Khai berpaling memandang adiknya yang sengaja membuat muka monyok sambil berjalan malas.
Melihat wajah itu cukup membuatkan tawa Khai hampir terhambur keluar.Asal hodoh semacam je adik dia ni,macam beruk tak dapat rambutan.Biasanya comel je.
"Apa tengok tengok"soal Asiah garang.Berdiri sahaja dia disamping Khai.Terus pintu rumah itu diketuk kuat.
Lantak lah apa orang rumah tu nak cakap.Yang penting dia tengah marah sekarang.
PAP
Tangkas tepi kepala adiknya ditampar kuat.Bengang punya pasal.Ada ke patut ketuk rumah orang macam nak roboh.
"Bagi Salam lah gil*"
Setepek kena atas batang hidung sendiri.
Tangannya naik menyilang badan."ketuklah sendiri"bisik Asiah geram.
Dah malas aku nak ketuk.Benci...
Malu sebenarnya...
Khai jeling Asiah geram.Dari mereka baru nak bergerak sehinggalah sampai kesini.Tak habis habis buat perangai.Rasa nak tampar aje.
"Ass..."
"SAPE TUUUUU"
Hambek baru nak bagi Salam,orang rumahnya dah menyahut.Gil* hebat,terlopong kejap Khai.
Kejap jelah..
"KHAI NI"ujar Khai turut sama menjerit bersama sengihan yang melebar dan langsung tidak luntur.
YOU ARE READING
1.My Little Blind Boy (SLOW UPDATE)
RomanceBeautiful cover by @mainlykath (DLM PROSES BAIK PULIH) Sinopsis - SHE'S JUST A FRIEND- Qabril Zirain,anak ketua yakuza terkenal.Dulunya seorang yang sempurna serba serbi.Tetapi akibat pergelutan diantara dua dunia gelap yang berbeza. Mat...