Kuku jarinya yang baru bercat cantik ditiup halus agar cepat kering.Seketika kemudian telefonnya berbunyi.Sempat dia julingkan mata ke atas.Tak suka diganggu.
Rambut yang berwarna merah dibawah dan hitam diatas diselak sedikit apabila terasa panas.
Malas malas telefonnya dicapai lalu panggilan itu dijawap."hmmm"
"Puan Leikha...salah seorang dah terlepas.."kata satu suara disebelah sana.Berkerut marah kening Leikha dengar setiap patah kata yang keluar daripada anak buah dia di sebelah sana.
"BODOH!! Jaga sorang pun tak boleh ke bangang.."geram punya pasal,terus dia jerkah anak buahnya.Ah dia sudah rugi rm10,000.
"Aku bagi masa lima hari..kalau kau masih tak jumpa pengganti dia..kau yang akan jadi galang ganti"arah Leikha lagi.Seketika itu panggilan diletakkan begitu saje tanpa amaran.
Telefon dibaling kasar keatas meja.Susah betullah kalau anak buah jantan ni,tak boleh diharap langsung.Suruh jaga sorang perempuan pun payah.
Dia dah tak nak dengar apa apa,yang penting anak buah dia jumpa pengganti tu.Kalau tak memang cari nahas namanya..Geram punya pasal,terus dia berdiri mendadak dan berjalan kearah pintu.Buka sahaja pintu,tanpa berlengah dia bergegas ke bilik pelacur pelacur jagaan dia.
Kedua dua bodyguard milik Leikha mengekori wanita itu sebaik aje wanita itu melangkah keluar.Sejahat jahat bos mereka pun,wanita itu yang telah mengutip dan menjaga mereka dari mereka kecil sampailah membesar jadi anak gajah.
——————————————————
Qabril hentak mejanya kasar.Geram betullah,dah dekat berminggu dia cuba cari Asiah tapi langsung tak jumpa.Apa sebenarnya yang jadi ni huh? Baru aje dia niat nak jadi baik lepas nikah dengan Asiah sekali jadi macam ni pulak.
Elok elok mata dia dah okey.Semuanya terus jadi kucar kacir.Lagi memeningkan kepala apabila anak buah dia memaklumkan bahawa seorang gadis yang ingin dilacur telah melarikan diri.
Tak,sumpah yang tu dia tak kesah.Yang dia kesahnya sekarang bila pelacur tu dibawah tanggungjawab orang kanan kepercayaan dia.Sudahlah ni bukan aduan pertama yang dia dapat.Rasa macam sekarang juga dia nak cari orang kanan baru.Letih betul..
Shit betullah semua ni...
Kenapa ye benda ni semua perlu jadi time ayah dia takde dekat sini? Kenapa ye semua ni perlu jadi sekarang? Kenapa tak minggu depan je?
Rambut dia dikusutkan.Panas,panas.Sumpah hati dia tengah menggelegak sekarang ni.
Perlahan lahan dia bangun,kunci kereta dicapai sebelum dia berlalu pergi.Ni tak boleh jadi,dia perlukan ketenangan.
Kalau Asiah ada sekarang,mungkin gadis tu boleh tenangkan dia tapi masalahnya gadis tu takde.
Dia benci perasaan ni,perasaan sayang,cinta dan rindu.Perasaan yang berjaya mengecewakan dia dahulu kala tapi kembali timbul setelah wujudnya seorang gadis bernama Asiah didalam kamus hidup dia.
Sambil berlari perlahan,dia melangkah keluar dari pejabat lalu tangga villa ayahnya dilangkah satu persatu sehinggalah ke pengakhiran tangga tersebut.
Dia yang tadi sedikit kalut mula tenang apabila matanya menangkap beberapa deretan gambar yang berada diatas rak berhampiran TV villa tersebut.Arah tujuannya mula ditukar.Kalau tadi dia nak keluar terus ke kereta tapi sekarang dia terasa nak imbas kembali kenangan dia masa kecil kecil dulu.
Rak dihampiri lalu satu persatu gambar yang berada didalam bingkai gambar dibelek sehinggalah matanya menangkap sebuah gambar dia ketika remaja.Hanya gambar tu satu satunya gambar ketika remaja,gambar yang lain hanyalah gambar ketika dia masih bayi.
Perlahan tangan kanannya menggapai bingkai gambar tersebut sebelum senyumannya tersungging.
Gambar dia dengan kawan baiknya dibelek dengan teliti sehinggalah mata terhenti pada seorang kanak kanak perempuan yang kelihatan gebu dengan rambut bertoncang berdiri tidak jauh dari mereka berdua,dan dalam tangan kanan gadis itu terdapat sebijik lolipop besar berbentuk hati.
Terkutik dengan gambar itu,tanpa sedar kaki dia berpatah balik naik ke biliknya.Matanya masih belum beralih dari memandang wajah gebu itu.
Perlahan lahan ketawanya terletus kuat.Ya ampun,baru dia ingat budak ni.Budak ni lah yang selalu dia kacau masa dia duduk dekat taman sorang sorang...
Budak hodoh ni...
——————-
Agak agak sapelah yang Qabril renungkan tu ye...lahaiii..><
Pape pun...vote lu gaissss HAHAHAHAHHAHAHAA
Eh eh follow sekali ye..<3
YOU ARE READING
1.My Little Blind Boy (SLOW UPDATE)
RomanceBeautiful cover by @mainlykath (DLM PROSES BAIK PULIH) Sinopsis - SHE'S JUST A FRIEND- Qabril Zirain,anak ketua yakuza terkenal.Dulunya seorang yang sempurna serba serbi.Tetapi akibat pergelutan diantara dua dunia gelap yang berbeza. Mat...