Bab 74

188 2 0
                                    

Citra , "Dila tidur mana semalam?"
Ardila hanya diam sambil menyapu jem pada roti.
Citra, "Dila, Mama tanya Dila tidur mana semalam? Dah banyak kali tau Dila senyap-senyap tak balik rumah.Ingat Mama tak taukah?"
Ardila tidak menjawab pertanyaan ibunya,langsung menggigit hujung roti.Dari ruang masak,Citra menghampirinya di meja makan.
Citra, "Ardila Maria, Mama tanya kenapa tak jawab?!" Citra menghentak meja.Ardila meletakkan rotinya di atas pinggan,lalu dia bangun dari kerusi.Dia memandang ibunya rapat.
Ardila, "Sepuluh hari Dila tak tidur kat rumah ini,hari kesepuluh baru Mama tanya?"
Citra terdiam dan merungut.
Ardila, "Untuk pengetahuan Mama,Dila dengan anak-anak kawan Mama ada deal dengan musuh ketat Mama,Tuan Brahim."
Citra, "What?!"
Ardila langsung berlari menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya.
Citra sengaja melihat sehelai konyotan kertas yang terjatuh dari poket baju Ardila.
Ardila menutup pintu kuat dan menguncinya.Dia terduduk di belakang pintu sambil kepalanya ditundukkan ke lutut.Citra mengetuk pintunya beberapa kali,dia tidak membukanya.Citra mendengar anaknya menangis tersedu-sedu.
Citra, "Ardila Maria,dengar cakap Mama kali ini.Mama nak Dila duduk rumah,jangan keluar pergi mana-mana!"
Citra langsung berlari mengambil kunci kereta,dengan konyotan kertas tadi dibawa ditangan kirinya,digenggam kuat.

Kertas itu tertulis,
" Aku bunuh Fazli,aku bunuh Fazli,aku bunuh Fazli..." ,berulang kali hingga penuh semua ruangan.

Sambil memandu kereta dengan laju, Citra berkata sendiri, "Apa kau buat kat anak aku,Brahim!" Jelaslah Citra sedang menuju ke hujung kompleks Warna Resident,di mana rumah agam Sang COO tinggal.
Citra berlari turun dari kereta,lalu menekan loceng rumah Brahim tanpa henti.Apabila pembantu rumah itu membuka pagar,Citra langsung bertanya, "Mana bos kau?" "Sedang makan di dapur,Dato Sri."
Kedua tangan Citra lantas membuka gerbang rumah itu lalu menjerit, "Brahim,Brahim!"
Keluarga Brahim terkejut apabila melihat kedatangan Citra tiba-tiba ke dapur rumahnya.
Karin berkata, "Dato Sri,bisnes apa yang buat Dato Sri tiba-tiba datang awal pagi ini?"
Citra meletakkan kertas itu di atas pinggan makan Brahim yang berisi mi goreng dan sayuran.
Brahim mula mengerutkan dahinya.
Citra, "Aku nak tahu,apa kena mengena anak aku dengan kematian Fazli,anak pertama kau dari perempuan sebelum bini kau yang sekarang."
Karin langsung bangun dari tempat duduknya san mendekati Citra.
Brahim, "Aku tak faham apa yang kau cuba cakapkan sekarang.Cuba kau bawa bertenang,duduk dulu.Mungkin kau boleh breakfast sekali,dan.."
Citra meludah ke atas makanan mereka lalu berkata, "Aku tak lapar dengan makanan haram kau.Kertas ini bukan aku saja yang jumpa tau! Rozi jumpa kertas dengan tulisan yang sama daripada anak dia dua hari lepas! Aku nampak anak aku dengan anak kau dah berapa hari bagi beg-beg besar dekat sampah masyarakat.Apa yang aku dah buat dekat anak aku,apa yang kau dah buat dekat anak aku?!"
Tiba-tiba Daniel mencelah, "Itu hanya sebahagian daripada game! Papa tak ada kena mengena dengan semua ini.Melly dengan Dila quit daripada permainan.Jadi,dia orang kena mengaku yang dia orang..."
Citra, "Apa? Mengaku apa?!"
Karin, "Dato Sri,tak boleh tinggikan suara dekat budak-budak..."
Brahim , " Kau memang tak tahu malu kan,Citra...Datang rumah orang jerit-jerit,lepastu tuduh tuan rumah yang bukan-bukan.Untuk pengetahuan kau,aku tak tahu siapa Fazli dan aku cuma setia pada Karin seorang..."
Karin berkerut,memandang Brahim tegas.
Karin, "Dato Sri lebih baik balik sekarang.Kami tak mengalu-alukan kedatangan yang macam ini."
Citra, "Oh,kau halau aku sekarang.Tak apa,kau tunggu aku tunjuk bukti sebenar yang kau bukan perempuan pertama jadi mangsa jantan tak guna ini.Kau bukan perempuan pertama yang lahirkan anak daripada bangsat ini!"
Citra keluar dari rumah itu,lalu dia masuk ke dalam keretanya.Dia menghentak stereng kereta berkali-kali sambil menjerit.
Tiba-tiba dia dapat panggilan telefon daripada Rozi.
Rozi, "Citra,aku tahu kau benci aku tapi kau kena datang jumpa aku sekarang dekat office.Right now!"

Daniel menghantar mesej kepada Ardila,
"Jadi sekarang kau dah pandai mengadu kat mak kau?"
Ardila , "Apa maksud kau?"
Daniel menghantar gambar kertas itu.
Ardila menghantar emoji tanda seru merah.
Daniel, "Apa yang kau dengan Melly dah buat ini,mesti ada  penaltinya.Datang malam ini dekat sekolah,atau pembunuh Fazli akan bocor."
Mesej yang sama dihantar kepada Melly.Kerana Daniel sudah menjadi master permainan,jadi dia tidak tertuduh sebagai pembunuh Fazli.

CEO VS MAIDWhere stories live. Discover now