Bab 62

212 3 0
                                    

Semua orang yang berada di dewan bertepuk tangan meraikan pelancaran
produk baru C-Face.Semua yang berada di dewan fokus melihat seorang perempuan berambut pendek dengan gaya yang sangat mewah,entah berapa ribu harga baju dan kasut tumit tingginya.Dia berjalan di atas karpet merah diiringi dua orang pengawal peribadinya yang sibuk menghalang para peminat.Para peminat menjerit-jerit namanya,berebut untuk meminta tandatangan dan gambar bersama.Wajah cantiknya tak lepas daripada senyuman.
Saat dia berdiri di atas pentas,semua hadirin memberikan tumpuan.Dia memulakan kata-katanya dengan senyuman lebar.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera,kepada semua hadirin dan peminat yang hadir pada hari pelancaran C-Face Brilliant X Beauty ini.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membeli dan menghargai semua produk C-Face sebelum ini.Bukan itu sahaja,kami juga telah mendapat kelulusan untuk mengeskport semua produk C-Face di seluruh dunia pada hari ini.C-Face Brilliant X Beauty merupakan sebuah produk mekap baharu yang mengeluarkan sejenis vitamin yang mengandungi ekstrak buah-buahan asli untuk meningkatkan sistem imunisasi badan,memutih dan melembapkan wajah,serta meningkatkan fungsi otak dengan lebih baik.Bermakna,produk ini bukan sahaja untuk golongan dewasa,malah dikhususkan kepada golongan remaja agar dapat juga membantu pembelajaran mereka.Produk ini adalah produk pertama yang belum pernah ada di seluruh dunia.Kami juga telah mendapat kelulusan ujian kimia dan saintifik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan World Health Organization.Selepas pelancaran ini,semua hadirin yang datang akan berkesempatan untuk mendapat sampel vitamin tersebut.Saya berharap produk kali ini akan dapat memberi impak yang sangat positif daripada semua pengguna seperti produk-produk sebelumnya.Dengan ini,saya Dato Sri Citra Mawarna selaku pengasas dan pengarah C-Face melancarkan produk C-Face Brilliant X Beauty pada hari dan tarikh ini."
Seorang remaja perempuan berkata, "Ardila,mak kau memang hebat!".Lalu Ardila berkata, "Shh,jangan cakap kuat-kuat.Aku dah cakap kan aku taknak orang tahu aku ini anak dia.Takut nanti peminat-peminat semua serbu aku,macam mana? Habislah nanti hidup aku tak bebas lagi."
Ardila, "Eh,nanti kau jangan lupa bagi aku lebih vitamin itu,okey?"
"Kan dah dapat sampel,aduh kau ini."
"Bolehlah,bolehlah kawanku yang terbaik,yang tercantik,terpandai okey?"
Ardila, "hmmm..."
Kemudian,seorang lelaki bersuit hitam memanggil Ardila.Dia merupakan salah seorang daripada pengawal peribadi Citra.Dia berkata, "Ardila,sekarang waktunya untuk balik.Dato Sri dah tunggu dalam kereta."
Ardila mengangguk, "Mel aku balik dulu,eh? Malam nanti datang rumah aku." Melly mengangguk sambil tersenyum riang.

Sesaat Ardila memasuki kereta,Citra berkata, "Dila dah bagitahu Melly untuk datang makan malam nanti? Jangan lupa ajak keluarga dia sekali."
"Okey..."
"Tadi masa Mama panggil naik duduk kerusi v.i.p kenapa tak datang? Tolonglah,Dila.Dila ini anak Dato Sri Citra Mawarna.Jangan malukan Mama lagi.Ini bukannya kali pertama,dah banyak kali Mama pesan Dila,jangan cuba elakkan diri daripada Mama dekat umum.Nanti apa orang kata.."
"Bukankah nanti orang akan kata Dila ni anak angkat,anak luar nikah?"
"Ardila Maria! Jaga mulut itu.."
"Dah itu,kalau orang tahu Mama ada anak nanti mesti semua tertanya mana ayah Dila,siapa ayah Dila.Dila dah cakap,selagi Dila belum tamatkan sekolah menengah,Dila tak akan sibukkan diri Dila dengan peminat-peminat Mama.Lagi satu,Dila tak suka kawan-kawan Datin Mama itu datang rumah kita setiap hujung minggu.Dila rasa tak selesa sebab tak boleh nak pergi mana-mana takut dia orang nampak Dila.Cukuplah keluarga Melly dan keluarga Uncle Dolken saja yang tahu Dila ini anak Mama."
"Malam ini,Mama nak Dila pakai dress yang Mama belikan minggu lepas.Ingat,jangan buat apa-apa yang akan buat Mama marah..."

Dolken menghampiri Dinda yang sedang berhias di depan cermin lalu berkata, "Dah bagitahu Zetty dia kena ikut?"
"I dah bagitahu dia tadi,tapi dia diam saja.Merajuk lah itu.."
"Merajuk sebab apa pulak?"
"You dah lupa ke pasal hal you dengan Paduka Raja itu semalam ? Zetty mesti masih merajuk sebab dia dengar perbualan pasal nak jodohkan dia dengan Putera Han anak Paduka Raja itu.Lagipun kalau dia ikut,dia tak akan ada kawan sebab anak-anak Brahim dengan anak Citra tak sebaya dengan dia."
"Alah,bukan jauh beza sangat pun umur budak kolej dengan budak sekolah menengah.Apa yang nak jadi masalah sangat ? Dia orang boleh saja berkawan borak-borak.."
"Yalah...Tapi tak..Aduh you ini tak faham apa yang I maksudkan."
"Haih...Tak apa,biar I cuba pujuk dia."

Tuan Brahim memberitahu isterinya Karin, "Malam ini akan jadi penentu siapa yang akan dapat tanah itu."

CEO VS MAIDWhere stories live. Discover now