Bab 66

188 3 0
                                    

Di dalam bilik mesyuarat di rumah Citra,mereka semua sedang berkumpul sambil Citra menerangkan satu-satu maklumat berkenaan saiz,projek,modal,keuntungan,bahagian,pembekal, buruh,jenis-jenis peralatan dan mesin yang akan digunakan.

"Sekarang kita akan muktamadkan berapa banyak modal yang nak dilabur untuk projek ini.Setakat ini saya sebagai CEO akan melabur sebanyak RM 15 juta.",kata Citra.

"Kami akan melabur RM5 juta..",kata Dani dan memihak isterinya,Rozi.

"Berdasarkan apa yang saya telitikan dalam projek ini,saya pilih untuk melabur sebanyak RM 30 juta..."
,kata Brahim yang membuatkan semua orang terkesima.

Dani, "Tapi Tuan Brahim,jumlah yang paling banyak mestilah ada di tangan CEO."

Brahim, "Jadi,saya lah CEO untuk projek ini."

Citra, "What??! No! Saya adalah pemegang saham terbesar sebab saya yang rancang dan luluskan projek ini."

"Dato Sri, kalau tak ada kami semua,tak mungkin rancangan Dato Sri boleh lulus.Saya ada cadangan untuk tak memperbesarkan masalah ini.Apa kata,Dato Sri pegang jawatan COO sebab ini projek asal Dato Sri,dan saya sebagai pelabur modal terbesar sekaligus CEO yang akan memegang saham terbesar dalam projek ini.Setuju?",kata Brahim.

Semua terdiam dengan Citra yang mukanya tak berhenti berkerut.

Brahim berkata lagi, "Boleh bayangkan,bukan? dengan modal sebanyak RM30 juta,kita boleh meluaskan lagi rancangan dalam projek ini.Kita bahkan boleh lawan Menara Petronas kalau ada yang tambah sikit lagi."

Citra, "Jangan mimpilah, nak lawan dengan Menara Petronas! Sekarang bagitahu apa yang boleh buat rancangan meluas dalam projek ini dengan duit RM30 juta itu?"

Tiba-tiba Karin menyampuk, "Kami rancang untuk jadikan sebahagian residensi ini sebagai hotel lima bintang.Daripada situ,kita boleh jana banyak keuntungan sebab orang akan keluar masuk hotel setiap hari.Then,kita akan bina klinik,sekolah,dan pusat beli-belah."

Dani, "It's sounds so amazing!"
Citra, "Yakin ke boleh buat semua itu? Cukup ke buruh,pembekal apa semua?"
Brahim, "Kami bukan jenis yang rancang tanpa berfikir.Semuanya dah lengkap,dan dah disewa.Buruh beratus-ratus beratur nak jalankan semua pembinaan."
Dani, "Jadi,bila kita boleh mula ?"
Brahim, "Saya akan pastikan dalam dua minggu lagi semuanya akan bermula."
Citra, "Apa?! Dua minggu ?! Sekarang ini kita baru dalam tahap proses mesyuarat dan pembahagian saham.Belum lagi kertas kerja yang beratus muka surat,belum lagi dengan tanah itu penuh semak samun.Dua minggu,Brahim?"
Brahim, "You should call me Tuan Brahim...Sebab kita dalam kerja,Dato Sri.Daripada sini saja dah nampak kalau Dato Sri tak setuju saya labur modal yang cukup besar denga keuntungan yang nantinya tak dapat dibayangkan.Tapi,saya  okey saja kalau tak setuju.Jadi,keuntungan yang kita dapat pun kedip-kedip mata hilang lah."
Dani, "Dato Sri,saya sangat bersetuju dengan rancangan Tuan Brahim.Dengan projek ini,kita boleh cipta sebuah bandar mewah , bukan saja residensi!"
Citra, "Saya akan fikirkan lagi tentang modal itu..."
Rozi pula menyampuk, "Dato Sri,nampaknya semua memihak dengan rancangan dan modal Tuan Brahim.Saya rasa Dato Sri boleh kut pegang jawatan COO itu.Tak adalah jauh beza sangat dengan keuntungan yang CEO dapat."
Citra, "Korang semua tak faham ke? Saya yang cipta rangka dan idea untuk bina projek ini dan tanah itu saya yang punya!"
Dani, "Tapi sama saja kan,apa bezanya ? Tanpa modal daripada kami,apatah lagi modal Tuan Brahim,projek ini bagai mencurah air ke daun keladi saja,Dato Sri..."
Rozi, "Lagipun,tugas Tuan Brahim bukan mengongkong semuanya...Dato Sri sebagai COO bertanggungjawab jugak,boleh jugak uruskan banyak benda."
Brahim, "Saya tak nak jadi pelabur dalam projek ini kalau Dato Sri tak setuju saya jadi CEO"
Nampaknya muka Citra semakin merah,berang.Matanya sudah berair.Tangannya menggeletar sambil memandang tajam mata Brahim.
Citra, "Saya setuju dengan cadangan 'Tuan' Brahim tapi saya masih nak fikirkan lagi.Bagi saya masa,esok saya akan bagitahu jawapan sebenar.Sekarang,jawapan sementara saya adalah setuju."

CEO VS MAIDWhere stories live. Discover now