Bab 67

166 4 0
                                    

"Apa yang kau cuba buat,Brahim?",kata Citra yang sedang memegang kolar kot Brahim dan Brahim tersandar ke dinding.Hanya mereka berdua yang ada di ruang yang jauh dengan ruang tamu.
"Kau dah hancurkan hidup lama aku,sekarang kau nak hancurkan hidup baru aku? apa lagi yang kau nak? Kau jangan ingat aku orang yang lemah macam dulu! Aku boleh buat lebih dari yang kau boleh bayangkan..."
Brahim tersenyum sinis lalu berkata, "Fikiran kau melayang terlalu jauh,Citra.." Brahim pula yang menolak Citra ke dinding lalu tangan kanannya memegang leher Citra hingga kepala Citra terdongak sedikit.
Brahim, "Apa yang kau boleh buat? Citra Mawarna,aku tahu semua rahsia kau satu demi satu.Kau tak nak bagitahu aku anak jantan mana Ardila itu?"
Citra, "Eh,kau jangan nak libatkan anak aku dalam hal ini,eh! Sekarang aku nak kau batalkan balik projek sampah kau itu."
Brahim, "Cara kau cakap menunjukkan kau ni memang perempuan sampah...Berapa orang jantan yang kau dah rasa,hah? Atau kau nak aku fikir kalau Ardila itu anak aku?"
Citra meludah ke kot Brahim lalu berkata, "Kalau dia anak kau,dah lama aku buang dalam tong sampah!"
Brahim, "Simpan selagi boleh,semuanya akan terbongkar juga nanti..."

Tiba-tiba terdengar suara Karin memanggil Brahim dari ruang tamu.Nampaknya mereka sudah mahu pulang.Sebelum Brahim pergi,Citra berkata, "Apapun yang kau tahu pasal rahsia aku,aku pun ada rahsia besar kau jugak...even it worst than mine..." Brahim hanya pergi dengan jelingan.
Setelah Brahim pulang,Citra senyum-senyum sendiri melihat gambar di dalam telefonnya.Gambar itu jelas menunjukkan Brahim dan Rozi sedang berpelukan di sebuah kafeteria.Dengan senang hati Citra menghantarnya kepada Brahim.

Malam itu,Citra baru pulang dari pejabatnya.Dia mengajak kawan rapatnya,Tina untuk minum sebentar di Kafe De La Rosa.
Citra, "Tina,aku rasa dah tiba waktunya untuk kau expose semua yang dah terjadi.Aku faham,hal ini mungkin buat kau rasa malu,maruah mungkin tercalar.Tapi ini demi kebaikan kau,Tina.Kau tak boleh pendam dan hadap trauma lama-lama.Aku risaukan kesihatan kau,Tina."
Tina, "Walaupun sejuta kali kau ingatkan aku benda yang sama,aku tetap akan diam.Biar benda itu jadi masa lalu yang dah berlalu,Citra."
Citra, "Tak apa,aku tahu perlu waktu.Tapi setidaknya aku nak tengok kau kerja balik,tak jadi penganggur yang tak terurus,dengan kusut-masai macam ini.Bagitahu aku secepatnya bila kau boleh masuk kerja dekat pejabat aku.Aku boleh bagi kau jawatan dalam pejabat terus,bukan dekat kedai atau kilang sebab aku tahu kebolehan kau."
Tina, "Nantilah,aku akan bagitahu kau kalau aku nak...Kejap Citra,aku nak pergi toilet."
Sementara Tina pergi ke tandas,Citra ternampak Brahim masuk ke kafe bersama dengan Rozi.Citra cukup terkejut apabila melihat mereka bermesraan.
"Aku tak sangka pulak Rozi boleh curang.Hahah,ternyata semua orang sama saja.Depan mata bukan main baik,bukan main mesranya dengan suami dia.Dekat belakang,ini yang dia buat?",kata Citra sendiri sambil menangkap gambar mereka berdua yang sedang berpelukan.

CEO VS MAIDWhere stories live. Discover now