Bab 54 "Semua Mendengar Bukti"

315 8 0
                                    

      Di tepi pantai yang tenang, aku berlari dan terus berlari.Lalu aku sengaja menjatuhkan diri ke atas tanah sambil kepalaku menunduk dan kedua tanganku menggenggam tanah.Aku menjerit sekuat-kuatnya, "Kembalikan hidup aku !!! Aku nak hidup macam dulu !!! Tolong !!! Tolong aku tuhan !!! Aku nak hidup aku !!!" Aku bangun semula dan terus berlari hingga tak mampu lagi berlari.Lalu aku duduk merendam separuh bahagian kaki dalam air laut yang cukup tenang. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya,dalam ketenangan air laut ini perasaan aku penuh kekacauan.

     Suara itu memanggil.Ia bukan sahaja memanggil namaku, tapi memanggil semangat dan cabaran dalam diri aku. "Saya akan tolong awak!!! Asalkan awak setuju dengan cadangan saya!!! Kita perlukan bukti untuk tunjukkan pada tuhan bahawa kita bukan saja mampu berdoa, tapi kita mampu berusaha!!! Bangunlah,Citra Mawarna!!! Awak perlu bangun untuk dapatkan milik awak semula!!!"

Aku memutuskan untuk bersetuju dengan rancangan Dolken.Aku, ingin balas dendam!!!
Semuanya dimulai daripada rakaman suara yang aku hantar kepada Ethan.Semoga dia trauma mendengarnya."Saya,Citra Mawarna.Siapapun anda,dimana pun anda berada,pastikan anda mendengar rakaman ini sampai penghujungnya.Kalau tak berani,pastikan ada teman.Melalui rakaman ini,saya ingin menceritakan macam mana saya boleh menjadi mangsa.Semuanya bermula daripada lelaki bernama Ethan Mikael.Mungkin saya bertindak benar,atau mungkin saya yang salah kerana jatuh cinta kepadanya.Walaupun saya tahu,adik saya Tasya sangat menyukainya dan malangnya hanya bertepuk sebelah tangan.Saat cincin disarungkan ke jari manis,dia bagi tahu kalau dia mencintai kecantikan,kebaikan dan ketulusan hati saya.Tapi,saya masih perlukan jawapan yang benar.Sebab saya ajak Tasya tinggal sekali dengan kami,dia masih umur belasan waktu itu dan kami tidak mempunyai keluarga atau saudara mara yang masih hidup.Tak mungkin saya tinggalkan dia hidup seorang diri.Ethan,saya tahu alasan awak mencintai saya semuanya bohong sebab saya dah nampak awak keluar berdua bermesra dengan Tasya lebih daripada lima kali.Mungkin awak bosan sebab saya belum dapat zuriat.Mungkin orang lain ingat awak sangat baik kepada adik ipar.Tapi di mata saya,awak hanyalah pembohong yang sanggup menggunakan adik saya sendiri, untuk mengkhianati saya! Saya dah pun menegur Tasya beberapa kali untuk menjauhi awak.Tapi nampaknya,dia lebih senang ikut cakap awak.Ingat lagi kita bertiga terserempak di tepi pantai? Dari jauh saya dah nampak awak membelai-belai rambut dia,cium dahi dia.Tahu apa yang saya rasa ? Jijik!!! Tapi bila saya sampai,awak nampak sangat berusaha untuk bagi alasan dengan berpura-pura.Saya pun berpura-pura terima alasan awak sebab saya masih ada rasa cinta walaupun ia sangat menyakitkan.
Tasya,kali ini cerita kau.Akak bukan suka-suka nak salahkan kau tapi berdasarkan apa yang kau buat,sangat menyakitkan hati akak.Waktu akak dengan Abang Ethan pergi bercuti dekat Bali,kenapa kau tiba-tiba datang? Dan waktu itu jugak akak minum air yang kau dah letakkan sesuatu sampai buat akak tidur tanpa sedar satu hari panjang.Apa yang kau buat dengan suami akak? Tak cukup ke kau tuduh akak bunuh ibu dengan ayah sekarang kau nak ambil semuanya daripada akak? Ya,semuanya.Belum lagi akak cerita kau senyap-senyap ambik duit akak beribu-ribu hilang dalam almari.Belum lagi cerita yang kau buang surat tawaran universiti akak dulu sebab akak tau kau cemburu.Sedarlah,Tasya aku ni kakak kau bukan sepatutnya orang yang kau jadikan musuh.Sampai bila-bila pun,air yang dicincang tak akan putus!
Brahim, dah beberapa kali kau cuba goda aku dengan ayat-ayat taik kau!Awalnya aku mengelak.Tapi semuanya dah hancur.Apa yang hancur? Aku,maruah aku,batin aku,harga diri aku,perasaan aku,fikiran aku semuanya hancur!!! Aku tahu kau bersahabat dengan Ethan sebab dia beli dadah daripada kau.Orang-orang besar macam kau ni biasanya tak betul.Jangan-jangan dadahlah hasil kau kaya kan? Lepastu kau ugut suami aku sebab dia tak sanggup bayar.Kau ugut dia untuk bagi badan aku! Kalaulah aku boleh ludah aku ludah kat kau sekarang! Aku sanggup cincang-cincang kau biar kau rasa! Malam itu, kau datang hujan-hujan lepas kau belasah suami aku.Suami aku bukak pintu dengan basah kuyup,badan lebam-lebam.Lepastu kau masuk, kau heret aku, heret aku atas tangga bertubi-tubi sakit yang aku rasa.Lepastu kau tarik , kau bukak semua pakaian aku sampai terkoyak.Kau ikat tangan aku kat bucu katil dengan baju yang kau jadikan tali.Kau rogol aku!!! Kau dengar? Kau rogol aku!!! Sama ada kau akan terima karma, atau aku yang akan jadikan karma kepada kau!!!"
Aku menggunakan nombor yang tidak dikenali Ethan sama sekali.Khabarnya lepas dia dan Tasya dengar rakaman itu,mereka ingat aku bunuh diri.Mungkin betul,aku bunuh diri.Tapi aku akan bangkit.

CEO VS MAIDWhere stories live. Discover now