Bab 55 "Yang Bersalah Takkan Mengaku"

249 7 0
                                    

     Sangat menyakitkan,bukan? Mendengar kesalahan sendiri.Mungkin kau tak rasa bersalah sebab kau malu.Patutkah kau malu dengan isteri kau sendiri? Adakah dengan isteri sendiri kau anggap ianya sebuah privasi? Biasanya,tiada rahsia di sebalik rumah tangga melainkan di antara dua pasangan ada yang menciptakannya.Mencipta dan menyimpan rahsia itu tak mudah,bukan? Kerana sekarang akhirnya bukan kau seorang yang tahu.Rahsia bukan lagi rahsia,tapi rahsia mencipta rahsia.Sekarang,aku pula yang akan berahsia.

TAHUN DUA RIBU DUA PULUH.
Macam tak percaya.Parut sudah hilang,tampak lebih berseri.Wajah aku berubah tapi tetap sama.Boleh dikatakan aku yang dulu adalah kembar aku yang sekarang.Seperti Nelydia dan Uqasha Senrose.Nelydia berubah menjadi Uqasha.
"Are you ready,Citra Mawarna?",kata Dolken ketika aku sedang menatap wajahku di hadapan cermin.Lalu aku memandangnya dengan mata yang tajam sambil berkata, "Mulai sekarang,Citra Mawarna tak akan pernah jadi orang yang tak bersedia."
"Aku harap tak ada cinta baru yang menjatuhkan Dolken lagi.",kata Dinda sendirian di sebalik pintu melihat aku dan Dolken.Aku tahu kadangkala...atau seringkali dia rasa cemburu melihat Dolken yang tak henti-henti membantu aku.Dia rasa cemburu saat semua cerita hidup dan cinta Dolken diceritakan kepada aku habis sebuah buku.Untuk mereka,aku pasti kisah cinta seorang CEO telah berakhir dengan penamat bahagia ever after.Aku katakan bahawa aku pasti tapi aku tak yakin kerana tak semuanya berakhir bahagia.Hidup masih panjang jika masih diberikan nyawa dan bukan hari-hari cerita hidup kita ditunjuk kepada orang lain.Apa yang kita simpan mungkin lebih banyak daripada apa yang orang lihat.Tenang Merlissa,buat masa ini aku tak akan usik hati milik kau,sebab aku masih akan terus fokus dengan misi aku.Misi menjatuhkan Ethan,Brahim,dan Tasya Mawarni.

CEO VS MAIDWhere stories live. Discover now