Bab 60 "Dolken"

217 6 0
                                    

     Kedua tanganku digenggam oleh tangan Ethan sedangkan pandanganku beralih ke arah Dolken yang sedang berlari menuju ke arahku.Dolken bernafas laju kepenatan.Secara mengejut dia melepaskan tanganku daripada Ethan dan membawa aku lari.Sambil berlari,mataku kabur-kabur melihat Ethan memeluk Tasya dan mencium dahinya.Air mataku jatuh berlinang tak berhenti.
Kedua tanganku memukul dada Dolken perlahan saat kami berhenti di tepi kereta.
"Kenapa awak buat macam ini?"
Dolken, "Saya selamatkan awak,Citra.."
"Awak dah hancurkan rancangan kita!"
"Saya tak nampak ia berjalan lancar sejak dia datang dengan Tasya."
Aku tercengang dengan air mataku yang terus mengalir.
Dolken, "Mulai sekarang,saya rasa dah tak ada gunanya semua rancangan kita.Ethan tetap inginkan Tasya, dan Tasya tetap milik Ethan.Awak tahu apa yang saya dapat tangkap?"
Dia memainkan suara rakaman telefonnya yang terdengar suara Ethan, "Citra tetap tak berubah,Tasya.Saya tak akan pernah percaya,atau terpedaya dengan dia.Kematian dia hanyalah sia-sia sebab dia akhirnya jadi mayat yang hidup kembali.Dia cuma nak tunjukkan kalau sekarang dia dah kaya raya,dah makin cantik."
Tasya, "Cantik taik kucing.Huh,dia ibarat hantu yang menyinggah dekat hidup kita dua kali."
"Kita tengok nanti apa yang akan jadi kalau dia nak terus ganggu kita."
"Menempah maut..."
Aku mencampak telefon itu lalu berlari jauh dari situ dengan kasut tumit tinggi aku tinggalkan pada Dolken.Aku berasa seperti hidup sudah tak bermakna lagi.Rasanya seperti hanya badan yang masih hidup,tapi tidak lagi hati dan fikiran.Aku berlari dan terus berlari hingga terjatuh.Lalu mata disilaukan lampu kereta dan itu adalah Dolken yang sempat mengejar aku dengan keretanya.Aku mengeluh kerana tak dapat lari jauh daripadanya.
"Cepat masuk,Citra...Atau nak balik jalan kaki pun saya tak kisah.Tapi setahu saya dari sini ke rumah hampir satu kilo..."
"Ya,saya masuk."
Aku membuat muka masam dan Dolken sedang fokus memandu.Dia langsung tidak memujuk aku,atau buat apa ke bagi aku senyum...
Akhirnya aku jugalah yang membuka topik, "Kenapa awak dengarkan saya voice itu? Awak tahu tak itu makin buat saya sakit hati?"
Dolken, "Saya cuma..."
Aku memotong, "Stop,Dolken.Saya pun dah rasa macam orang bodoh,gila,psycopath..."
"Bukan saya,awak sendiri yang cakap..."
"Saya setuju dengan rancangan awak pagi tadi."
Terkejut aku dia berhentikan keretanya dengan brek yang sangat kuat.
"Betul,awak setuju?"
Aku mengangguk sambil tersenyum.
"Ah,bodohnya apa yang aku buat selama ini..."

CEO VS MAIDWhere stories live. Discover now