Bab 61 "Aku Terjatuh Lagi,Tapi Akan Bangkit Kembali"

206 7 0
                                    

     Aku memutuskan untuk memenuhi permintaan Dolken untuk mengakhiri semuanya.Tetapi,seorang Citra Mawarna bukan orang yang lemah dengan melakukan perkara sia-sia.Aku dah perjuangkan bertahun-tahun untuk membalas dendam.Bukan mudah untuk menghentikan langkahku kerana tak mudah aku berjuang sampai ke sini.Meskipun semuanya sudah bocor,aku masih seorang perempuan yang mempunyai fikiran dan perasaan.

     Aku kenal siapa Ethan Mikael.Aku yakin dan pasti dia seorang yang mudah terpedaya dengan rayuan gombal wanita.Apatah lagi, aku lebih tampak menawan berbanding isterinya yang perampas itu.Malam itu juga,aku senyap-senyap menyelinap keluar dari rumah tanpa pengetahuan Dolken.Aku memandu kereta laju menuju ke hotel lima bintang terdekat.

     Begitu juga dia,dengan mudahnya membalas mesejku dan bersetuju.Dalam perjalanan,dia menelefonku, "Citra...Saya betul-betul stress.Awak yakin dengan apa yang awak nak buat ini?"
Lalu aku menjawab, "Sabar,Ethan....Sabar...Dunia ini tak lari pun.Saya baru saja keluar dari rumah,awak dah gelabah.Saya cukup yakin dan pasti untuk lakukan apa yang kita nak lakukan."
Tak lama kemudian,aku tiba di hotel tersebut.Langsung aku menempah bilik yang memuatkan dua orang.Dia belum datang lagi,jadi aku bersiap-siap supaya kelihatan lebih menggoda.Aku kenakan dress hitam yang jarang dengan corak berbunga-bunga.Lalu aku taburkan bunga-bunga mawar merah di atas katil.
Aku tersenyum dengan senyuman yang menggoda saat dia masuk ke dalam bilik.

Satu jam sebelum itu,selepas aku pulang ke rumah bersama Dolken.
     Aku melihat telefon pintar yang berbunyi deringan notifikasi.Nama Ethan Mikael yang tertera membuatkan aku terkesima sejenak.
"Maafkan saya,Citra Mawarna.Saya tak berhak lakukan apa yang dah saya lakukan.Tapi tolong,saya dah hidup bahagia dengan Tasya, jadi awak pergilah jauh-jauh dari pandangan kami.Keluarlah semula dari kota ini.Saya tak kisah kalau awak nak palsukan kematian buat kali kedua,atau awak nak tuntut apa yang dah Brahim lakukan,saya akan bantu.Dan awak  tahu bahawa saya tak bersalah! Jangan tudingkan jari kepada pihak sendiri.Malam ini juga,awak bagitahu apa yang saya boleh lakukan."

Lalu aku membalas dengan beberapa ayat, "Saya tak perlukan ayat permintaan maaf sepanjang ini dalam mesej.Saya perlukannya secara berdepan.Berikan apa yang saya nak,berikan apa saya hauskan selama bertahun-tahun,Ethan."
"Apa yang awak cuba katakan,Citra"
"Saya perlukan pelukan dan kasih sayang seorang suami yang dah lama meninggalkan saya.Malam ini akan jadi malam terakhir saya berada di kota ini kalau awak setuju untuk berjumpa dengan saya di tempat ini." Lalu aku hantar peta lokasi kepadanya.Aku tak pasti dia faham apa yang aku maksudkan.

     Ya,dia telah meniduri aku setelah lama tidak melakukannya.Itulah permintaan aku buat kali terakhir sebelum meninggalkan kota ini.Tapi tiada sesiapun yang tahu termasuk Dolken,bahawa ini adalah salah satu strategi baru aku untuk menghancurkan hidupnya.Senang riak wajah aku melihat dia puas dengan berbaring di sebelahku.
    
     Dia telah berjanji akan membantu aku lingkupkan Brahim ke dalam penjara.Tapi jangan ingat aku akan biarkan lelaki seperti dia terlepas begitu saja.Aku Citra Mawarna,yang sudah bertekad pada diri aku sendiri untuk mampu terus mempertahankan hak kewanitaan aku,dan hak seorang isteri yang tak bersalah pada awalnya.Mungkin orang lain tak akan faham,terutamanya lelaki seperti Ethan dan Dolken.Tapi aku tahu aku kuat dan Tasya,aku sangat yakin dia kuat menghadapi semuanya.

CEO VS MAIDWhere stories live. Discover now