Bab 51 "Tak Semuanya Berakhir Bahagia"

390 9 0
                                    

     Aku,berjalan di atas anak tangga menuju ke kamar yang sudah lama tidak aku tiduri.Nanti-nanti akan aku kelilingi rumah mewah ini.Penat lelah aku
mengukirkan senyuman lebar di bibir,melihat semua hasil kerja kerasku.Banyak orang berkata,aku perlukan pendamping hidup.Apa? Aku anggap itu hanyalah satu candaan.Sudah lama aku perjuangkan sepadang harapan yang sudah aku kumpulkan.Terima kasih untuk lelaki itu, suami yang sudah menganiaya dan membuat hidupku hancur akhirnya berubah menjadi seperti ini.Pastinya,semua yang berlalu telah
membentuk pengajaran besar dalam hidup aku,iaitu "Jangan pernah percayakan sesiapapun walaupun dia adalah pasanganmu." Namun malang menimpanya, dia akan terima pengajarannya daripada aku.Inilah aku, Citra Mawarna.

Lima Tahun Lalu ...(Julai,2015)
     Baru dua bulan aku menjadi seorang isteri yang sah kepada Ethan Mikael.Hidup aku berubah serta merta setelah tinggal bersama keluarganya.Adik kandungku , Tasya Mawarni juga tinggal bersama kami kerana kedua orang tua yang sudah lama pergi.Hidup aku dan Ethan awalnya terlihat biasa seperti pengantin baru yang bahagia.Tapi semuanya terbakar hangus apabila dia bersahabat dengan Brahim.Brahim dikenali sebagai orang kuat dalam urusan perniagaan di kota kecil ini.Orangnya panas baran,tapi terlihat manis sepanjang masa.
     Hari itu berlaku saat hujan turun dengan lebat sekali.Aku berlari membuka pintu rumah yang sudah diketuk berkali-kali.Ethan,suamiku wajahnya sudah hancur lebur dan dia masuk dengan lemah dan basah kuyup.Tak sempat aku menutup pintu, Brahim masuk menolak aku hingga jatuh ke lantai.Lalu dia mengheret aku menuju ke bilik.Aku terasa sakit yang cukup parah apabila diheret menaiki anak tangga hingga tak mampu lagi aku bergerak dan berteriak.Aku melihat Ethan duduk di atas lantai membiarkanku diheret sebegitu.Tahu apa yang terjadi? Brahim menanggalkan pakaianku satu demi satu.Tangan aku keduanya diikat di bucu katil.Aku dapat merasakan kesakitan tusukan itu. Tusukan badannya yang berkali-kali tak berhenti tolak dan tarik di dalam badanku.Air mata ku mengalir tanpa henti dan aku tak mampu berbuat apa-apa.Dia melepaskan nafsunya hingga puas.Aku melihat suamiku hanya terdiam tanpa sebarang aksi. Aku rasa sangat terhina seperti orang tuaku sendiri membunuhku.Badan yang aku miliki sangat aku benci kerana terlalu jijik. Setelah dia habiskan kekuatan nafsu batinnya,aku tertidur.Taktahu apa yang berlaku selepas itu.

     Malam itu juga aku melarikan diri dari rumah mewah itu.Aku membuat aduan di balai polis,tapi mereka tidak endah.Lalu aku nekad menaiki bas menuju ke Kuala Lumpur.Di bandar pencakar langit itulah, aku menemui sosok lelaki yang baik hati, Dato Sri Dolken yang membenarkan aku memanggilnya Dolken.

CEO VS MAIDWhere stories live. Discover now