Bab 75

272 3 0
                                    

     Citra turun dari kereta,berada di hadapan pejabat  Rozi.Sambil berjalan,dia menelefon Ardila dan berkata, "Dila,tetap duduk dalam rumah.Jangan keluar pergi mana-mana.Kalau Dila nak kirim apa-apa,mesej saja Mama".Ardila bersetuju dengan arahan ibunya itu.
Citra tiba di dalam pejabat,melihat Rozi sedang bermundar-mandir.
Citra, "What happen?"
Rozi, "Citra,ini semua kerja Brahim!"
Citra, "Ya,aku tahu dia dalangnya."
Rozi, "Dia buat semua ini dekat anak-anak kita sebab dia nak cover apa yang dia dah buat!"
Citra, "Maksud kau?",Citra mula mengerutkan dahi,semakin mendekat ke arah Rozi.
Rozi, "Melly end up cerita semuanya dekat aku.Kau tengok gambar ini..."
Rozi menunjukkan gambar dari telefonnya.Gambar itu ialah gambar selfie Ardila,Melly,Daniel,Zetty bersama Fazli di halaman belakang rumah Citra.
Citra, "Aku tak faham.Macam mana Fazli boleh ada dekat rumah aku? Look at that dresses,ini malam kita berkumpul celebrate C-Face Beauty and meeting pertama Warna Resident,right?"
Rozi,"Exactly! Sebagai kekasih gelap Brahim,aku tahu semuanya pasal Fazli datang malam itu.Petang sebelum aku dengan Dani bersiap kat rumah,aku pergi jumpa Brahim dekat kafe.Kau tahu kita orang susah nak jumpa.Jadi bila ada kesempatan,itulah waktunya.Aku ada dengar dia angkat telefon dengan suara tinggi dia.Dia kata , "Jangan sesekali biar Fazli datang sini.Ini belum masanya." Aku tak faham sebab,Fazli memang tinggal dekat rumah anak yatim kawasan tempat tinggal kita,kan? And dia juga sama sekolah dengan anak-anak kita.Apa maksud dia kata jangan datang sini?"
Citra, "Maksud dia,jangan datang rumah aku malam itu.Mungkin kalau dia menang dalam debat siapa jadi CEO malam itu,Fazli nak sambut sekali kejayaan bapak dia."
Rozi, "Boleh jadi...Untuk pengetahuan kau,aku ada buat siasatan dekat rumah anak yatim itu.Penjaga dia kata,Brahim jumpa Fazli setiap hari Sabtu.Sekali lagi sebagai kekasih gelap dia,aku tak pernah tahu dia menjejakkan kaki kat rumah anak yatim itu."
Citra, "Siasatan kau belum cukup.Bagi aku nombor penjaga itu sekarang.Aku boleh bayar dia untuk bagi maklumat lebih detail,lebih jelas.Mungkin dari situ kita akan dapat bukti,macam mana Fazli boleh bunuh diri dengan ada tanda dia ditikam dekat bahu."
Rozi, "Kau yakin? Sebab kes ini dah lama tutup,and polis sahkan bekas tikaman pisau dekat bahu Fazli itu,dia tikam sendiri sebelum dia gantung diri."
Citra, "Jadi kau percaya? Aku bukan jenis orang tua yang biarkan anak aku dituduh dan menuduh diri dia sendiri pembunuh."
Rozi, "Aku takkan jumpa dia lagi,sebab dia dah tahu aku tahu.Jadi macam kita orang dah tak ada..."
Citra langsung keluar dari pejabat Rozi.Dani sama sekali tidak mengetahui apa yang sudah berlaku.Jadi perkara ini harus Rozi simpan ketat-ketat sebelum semuanya terbongkar bahawa dia ada hubungan dengan Brahim,meskipun sudah hampir musnah.

CEO VS MAIDWhere stories live. Discover now