Bab 53 " Tempat Untuk Mengadu "

312 10 0
                                    

Setelah berhari-hari aku mencari kerja,akhirnya aku diterima di sebuah syarikat terkenal.Awalnya,aku menjadi seorang gadis kopi yang sering membuat kopi terenak untuk CEO syarikat,iaitu Dato Sri Dolken.
Aku tertumpahkan kopi ke atas meja kerjanya,dan semuanya hancur basah.Aku
terus meminta maaf sampai melutut dan cepat-cepat membersihkan meja kerjanya.Dia dengan mudahnya memaafkan aku.Namun, CCTV menjadi jawapan sebenarnya.Sang isteri,Datin Sri Dinda menemui aku di kafeteria pada hari itu juga.Dia memarahiku kerana bekerja tidak profesional,namun cara marahnya dengan bercakap melalui kata-kata yang pedas.Dia menghina aku sebagai seorang gadis kopi."Saya akan pecat awak!",katanya itu membuatkan suaminya datang untuk berhentikan semuanya."Tapi saya tak akan berhentikan awak,Citra.",kata Dato Sri Dolken sendiri membuat aku lega.
     Sejak itu, aku menjadi seorang gadis kopi yang sangat rapat dengan CEO syarikat terkenal.Dia membuatkan aku mampu untuk menceritakan kisah pahitku kepadanya.Dia ingin membantu aku, untuk mengembalikan semuanya.Tapi,caranya tak wajar dan tak masuk akal sama sekali.Dia ingin mempercantik wajah aku yang buruk,menjadi lebih cantik lalu aku akan kembali kepada Ethan.
"Tidak,buat masa ini saya belum boleh berikan jawapan setuju atau tidak.Saya belum boleh terima cadangan awak,dan saya tak akan kembali ke kota itu lagi!"

CEO VS MAIDWhere stories live. Discover now