Bab 76

209 3 0
                                    

Citra tiba di Rumah Anak Yatim Cempaka.Dia bertemu dengan ketua pengasuh di pejabatnya.
Citra mengeluarkan sampul coklat dari beg tangannya,lalu diletakkan di atas meja.Ketua pengasuh itu berkata, "Saya sangat berterima kasih atas sumbangan Dato' Sri."
Citra, "Ini bukan sumbangan untuk anak yatim di sini.Ini untuk Mak Cik."
Ketua pengasuh, "Apa maksud Dato' Sri?"
" Sumbangan untuk anak-anak yatim saya dah siap transfer.Duit ini akan jadi satu-satunya pemberian saya kepada Mak Cik.Atas satu perkara.Saya nak Mak Cik bagitahu siapa sebenarnya yang selalu melawat arwah Fazli?"
"Maaf,Dato' Sri.Saya tak terima rasuah..."
"Ini sama sekali tak ada kena mengena dengan rasuah! Kalau ya pun,ini untuk kebaikan.Boleh jadi orang yang melawat Fazli yang sebenarnya pembunuh Fazli."
"Setahu saya Fazli bukan dibunuh,tapi dia sendiri..."
"Saya datang untuk kumpulkan bukti.Saya nak tahu siapa orang sebenar yang selalu melawat Fazli? Saya nak tengok semua rekod pelawat."
"Saya tak boleh sesuka hati..."
"Kalau betul pelawat itu pembunuh Fazli,rumah anak yatim ini akan tercemar! Sebab apa? Sebab tak ada security yang bagus! Dan Mak Cik sebagai ketua di sini, akan sia-sia ada dalam penjara,sebab Mak Cik tahu siapa pembunuhnya!"
" Saya tak tahu kalau Fazli dibunuh!"
" Bagi saya semua rekod pelawat,Mak Cik dan rumah anak yatim ini akan selamat di tangan saya."
Ketua pengasuh itu menggigil membuka laci meja.Dia memberikan Citra buku rekod pelawat yang berwarna hijau.
"Ini buku rekod pelawat bulan lepas dan semasa..."
Citra melihat satu demi satu dengan sangat teliti.Semua nama yang melawat Fazli adalah Brahim.
"Mak Cik,saya nak Mak Cik bagitahu kebenaran kalau yang selalu melawat Fazli adalah bukan Brahim.Mak Cik takkan tak tahu siapa Tuan Brahim,kan?"
"Saya kan bagitahu kalau Dato' Sri betul-betul akan jaga nama baik saya dan rumah anak yatim ini..."
"Saya janji ! Siapa, Mak Cik?"
"Sebenarnya,saya saya dah janji untuk tutup mulut.Tapi demi kebaikan kali ini...."
Dia mengeluarkan sekeping kad putih dan memberikannya kepada Citra.
Mata Citra langsung terbeliak.Dia langsung bangun dari kerusi.Citra tampak begitu terkesima.Dia menyimpan kad itu ke dalam beg tangannya,lalu keluar dari situ.

CEO VS MAIDWhere stories live. Discover now