Bab 64

184 3 0
                                    

     Hari makan malam di rumah besar Citra Mawarna sangat mewah dan meriah walaupun bukan sekampung.Mereka semua makan di meja makan sambil berborak-borak.Ada Citra dan Ardila yang berpenampilan paling menawan.Ada juga Dani dan isterinya Rozi bersama anak mereka Melly yang berpenampilan mewah biasa-biasa saja.Lalu,ada pula Brahim,Karin dan anak lelaki mereka yang bernama Daniel.Daniel merupakan budak lelaki yang sangat tampan yang sering dipuji-puji dalam kalangan mereka semua.Seterusnya,tak lain tak bukan ada pula Dolken,Dinda dan Zetty.
     Mereka semua merupakan calon-calon rakan perniagaan yang akan berkongsi saham dengan Citra nanti.Tetapi tidak termasuk Dolken,kerana dia bukanlah orang yang tamak haloba kerana sudah cukup mempunyai syarikat antarabangsa iaitu Syarikat Velvet yang sudah tidak asing bagi siapapun.
     Tanah besar itu milik Citra.Dia telah merancang untuk membina sebuah residensi mewah dan memerlukan rakan kongsi untuk melabur modal dan berkongsi faedahnya nanti.Jelaslah di sini,Citra tak boleh uruskan projek itu sendirian.Kenapa ada Brahim? Ini kerana bapanya,Tuan Isa yang suka menyibuk dalam hal Citra.Entah kenapa sebenarnya Tuan Isa nak menyelit juga.Dia taknak anak lelakinya Brahim jatuh dalam hal ini.
Jadi dia pernah berkata kepada Brahim, "Aku nak kau jadi pelabur terbesar dalam projek itu.Dari situ,kau akan dapat saham terbesar dan kau boleh jadi CEO projek itu nanti.Jelas-jelas,residensi itu akan sepenuhnya jadi milik kita.Kau faham apa yang aku cakap ?"
"Tapi,Pa...Kenapa Papa nak libatkan Brahim lagi dalam hal Citra? Papa tahu kan apa yang boleh perempuan itu buat kalau dia tak suka cara kita nanti?"
"Kau dengar sini baik-baik.Kau tahu aku buat semua ini untuk kau.Silap hari bulan kalau aku dah mati nanti,kau tau yang kena dapat semua! Kau tahu apa maksud aku.Nanti,bila kau lagi banyak harta daripada perempuan itu,kau boleh buat,boleh ubah segala-galanya jadi milik kau.Kau tahu dia siapa sebenarnya, kan?"
"Ini sama macam Brahim rogol dia berkali-kali,Pa."
"Eh,kalau kau rasa kau ini masih anak aku,kalau kau masih nak rasa semua harta nenek moyang kau,kau ikut apa aku cakap.Kalau kau tak ikut,silap hari bulan perempuan itu tahu semuanya dan dia yang akan pegang semua harta kita! Kau tahu aku tak sudi?"
"Brahim masih akan terus ikut cakap Papa.Tapi,Papa kena sedar dari awal dulu Papa adalah penipu,perampas."
"Mulut kau kalau aku humban dalam ketuhar,aku bakar kau hidup-hidup apa pun tak dapat! Sekarang kau keluar dari sini,kau pegi buat apa aku cakap,faham?!"
Hal ini yang masih membuat semua tertanya-tanya.Kenapa Tuan Isa nak kena sibuk sangat dengan Citra? Bukankah patutnya kena hidup lebih jauh sebab anak dia dah rogol Citra dulu?

CEO VS MAIDWhere stories live. Discover now