Bab 70

217 3 0
                                    

Dolken berjalan masuk ke dalam pejabat Syarikat Dani.Dia langsung menuju ke arah bilik pejabat Rozi.Dari jauh dia melihat Dani baru saja keluar dari bilik Rozi.Namun,Dani tidak melihatnya lalu dia berhenti di hadapan pintu apabila terdengar perbualan antara Rozi dan Citra.Dahinya terus berkerut.
     Dia melihat sekeliling,lalu berjalan sendiri ke arah ruang suis utama pejabat.Dia menutup semua suis lalu memicit penggera kecemasan.
     Setelah Rozi mengembur alat pemadam api hingga Citra jatuh tak sedar,Dolken menarik tangan Rozi lalu membawanya lari,memasuki kereta Dolken.
     Dani asyik menelefon,tetapi Rozi membiarkannya.Dolken bercakap sambil memandu, "Sekarang aku tanya kau balik,kau memihak pada aku atau jantan tak guna itu?"
Rozi, "Sekarang ini,kau tak ada kena mengena dengan projek itu,berapa kali aku nak kena terangkan?"
Dolken, "Berapa kali pulak aku nak kena bagitahu kau,jangan lupa aku yang tolong kau susah dulu! Aku yang tolong kau susah dulu! Kalau aku tak pujuk Dani untuk kahwin dengan kau supaya kau bebas daripada kemiskinan,entah kau hidup lagi ke tak sekarang."
Rozi, "Sekarang ini kau kena faham, aku berpihak pada Brahim sebab aku sayangkan dia."
Dolken, "Oh,ya? Bukan sebab kau nak harta dia?"
Rozi, "Kau tak tahu apa-apa kau diam!"
Dolken, "Aku tak peduli,aku nak kau duduk diam-diam jangan sokong Brahim jadi CEO projek itu."
Rozi, "Dah itu,perlukah sampai hidupkan penggera kecemasan,matikan lampu pejabat apa semua?"
Dolken, "Aku rasa aku dah tolong kau sekali lagi.Aku tolong kau lepas daripada ancaman Citra.Kau dah ambik handphone dia dan padam gambar-gambar curang kau,kan?"
Rozi, "Kau nak aku cakap terima kasih ke sekarang ini? Aku tak fahamlah dengan kau ini! Macam kau pulak yang nak jadi CEO itu!"
Dolken, "Kalau kau masih nak melawan,gambar curang kau ada lagi banyak dekat tangan aku.So,better kau berusaha pujuk jantan tak guna itu tak payah nak tamak jadi CEO sangat atau kau duduk diam saja lagi bagus."
Rozi , "Kau turunkan aku sekarang! Bangsat punya jantan,kau pun tak guna jugak lah sial!"

     Awalnya,Citra melihat Dolken menghampirinya.Tapi,lelaki tadi datang kembali.Hanya bertahan beberapa kali nafas,lalu Citra tak sedarkan diri.

CEO VS MAIDWhere stories live. Discover now