Lisa yang baru saja habis mandi mengambil baju tidurnya dan pakai.Dia duduk di meja soleknya sambil menatap mukanya di cermin.Dia periksa balik lengan kirinya dan dia nampak ada kesan lebam disitu. Nasib dia bertindak cepat sebelum lelaki itu apa-apakan dia lagi teruk.
Ini bukan kali pertama dia kena,tetapi sudah tiga kali dia kena. Yang dia tak boleh lupa semasa dia bercuti Japan, semasa dia berjalan bersama sepupunya,dia perasan ada orang ikuti dia.Kemana saja mereka pergi,lelaki itu mesti akan ikut.Mereka u-turn balik,dan lelaki itu masih mengikuti mereka.Dia tidak tahu nak pergi kemana lagi,hampir sejam mereka berjalan tak tentu hala larikan diri daripada orang tidak dikenali itu dan syukur ada orang yang perasan dan terus bawa ke polis station. Dan polis berjaya tangkap lelaki itu.
Sedang Lisa termenung ingat balik kejadian itu,tiba-tiba terdengar bunyi dari phonenya yang menandakan kawanya menelefonnya.
Lisa yang terkejut terus angkat panggilan kawannya.
"Hmm,ada apa call aku ni?"
"Kau dah sampai rumah ke?Aku risau je kau tak balik lagi"
"Dah nak dekat pukul 2 dah ni,memang aku dah balik lah"
"Ouh,kau ok je kan?"
"Aku ok je,jangan risau"
"Hmm yelah,ok bye"
Lisa pun tutup panggilan itu dan menuju ke katilnya dan tidur.
........
Jam menunjukkan sudah pukul 8 pagi. Lisa yang baru saja bangun dari katil menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah selesai,dia turun kebawah dan melihat mamanya sedang siapkan sarapan.
Lisa:Mama buat apa tu?
Mrs Manoban:Mama siapkan sarapan lah ni,best semalam balik lambat? Baru je sampai rumah dah keluar balik.
Lisa:Hehe,bukan apa ma,lepas ni kan Lisa tak boleh pergi mana-mana dah, lagipun mama papa pergi outstation kan.
Mrs Manoban:Bukannya selama- lamanya mama tak bagi,mama balik je kamu boleh je pergi mana-mana lepas ni dengan kawan kamu tu.
Lisa:Mama harini tak masuk kerja ke?
Mrs Manoban:Mama masuk lambat sikit,ni makanan atas meja ni untuk kamu,mama nak gerak dah ni
Lisa:Untunglah bos dekat syarikat tu, bila-bila masa je boleh masuk.
Mrs Manoban:Suka hati je cakap macam tu,ni pun sebab nak siapkan breakfast untuk kamu,nak harapkan kamu memang tak makan lah jawabnya.
Terus mrs Manoban ambil handbagnya dan pergi kearah kereta. Lisa mengikuti mamanya dari belakang. Setelah kereta itu bergerak keluar dari perkarangan, Lisa melambai kearah kereta itu dan masuk kedalam rumah semula.
Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari,Lisa ketika itu mula bosan, dia tidak tahu mahu membuat apa. Dia mula berjalan menuju ke perkarangan belakang,dia duduk termenung sambil sambil merendamkan kakinya di dalam kolam.
Phonennya disebelah berbunyi,dia menatap di skrin phonennya,dan dia melihat ada private number sedang menelefonnya. Dia menatap phonenya, mahu mengangkat atau tidak.
Dia mengambil phonenya dan leret butang hijau.Lisa mendekatkan phonenya ditelinga,dia hairan sebab tiada yang bercakap di panggilan itu.
Lisa:Hello?Siapa ni?
Terus panggilan itu tertutup. Lisa ketika itu hanya buat tak endah saja dengan panggilan itu. Dia hanya berfikir mungkin orang itu dapat salah nombor.
YOU ARE READING
School Enemies
ActionKisah ini menceritakan tentang empat sahabat yang diberikan nama kumpulan BLACKPINK.Mereka berempat ialah kawan rapat sejak di sekolah rendah lagi.Mereka sentiasa bersama walaupun banyak cabaran dan ujian yang perlu mereka hadapi.Meraka bersekolah d...