Bab5

9.2K 340 8
                                    

 Vote!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Vote!

Zidan memegang erat sejambak bunga di tangannya.
Dia tersengih-sengih menanti pintu lift terbuka.

"Woii!"Terhinjut bahunya ke atas gara-gara disergah kuat.Dia menjeling tajam Nadhir yang galak ketawakan dirinya.

"Kau ni sial betul perangai."

"Amboi, berbunga bagai ni nak kasi siapa?"soal Nadhir.

"Adalah, kau tu buat apa kat sini? Dah tak jumpa jalan office kau?"soal Zidan.

"Eh jap, kenapa pakai macam ni?"tanya Zidan apabila melihat Nadhir yang santai memakai baju t-shirt bewarna putih serta seluar jeans biru tua.

"Aku pergi hospital, x-ray aku punya pinggang ni."

"So result?"soal Zidan sambil melangkah masuk ke dalam Lift.

"Alhamdulillah, takda apa pun cumanya sakit kebas tu bercampur dengan alergic aku."dahi Zidan berkerut.

"Makan ikan tongkol, ibu masak."

"Kau makan kenapa?"

"Dah benda sedap."

"Bunga ni nak kasi siapa?"tangan Nadhir naik menyentuh ros.

"A..adalah."Nadhir memandang Zidan dengan mata dikecilkan.

"Aku singgah kejap, nak ambil fail dengan bos kau."

"Syifa?"Nadhir angguk.

TING

   "Aku pergi dulu bro."Nadhir menghampiri pintu bilik Syifa.Dibuka sahaja pintu tanpa memberi ketukan atau salam.

  Dia melihat Syifa tidur di atas meja berbantalkan lengan.Dia tersenyum sinis.

BAM BAM BAM

  "Woi, bangun!"wajah Syifa berkerut.

   "Aku cakap bangun!"mata Syifa terbuka perlahan-lahan.

   "Aku tahu lah ni syarikat bapak kau, tapi kena ingat syarikat ni ditubuhkan dengan duit ayah aku."

  "So jangan nak makan gaji buta, aku ni boleh sangat lah bagitahu ayah supaya pecat korang berdua."

  "Dah tahu miskin tu, duduk diam je la dekat kampung sana!"Syifa hanya mendiamkan diri tetapi tangannya sudah mengepal penumbuk.

  Sabar Syifa, sabar.

  "Nak apa datang sini?"soal Syifa malas.Tangan naik memicit dahinya.Dia pening kepala, bangun pagi tadi badan dia panas.

  Demam.

  Mana tak demamnya, pukul sepuluh malam berendam dalam kolam.Sejuk.

  "Aku nak fail projek semalam."

Bukan Pilihan HatiWhere stories live. Discover now