Bab14

11.3K 318 10
                                        

  Nadhir mendengus geram apabila telefon milik Syifa berdering kuat

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.



  Nadhir mendengus geram apabila telefon milik Syifa berdering kuat.

  "Weh, angkat phone kau."ditampar lengan Syifa yang tidak berbaju itu.Syifa bangun dengan mamai.Tangannya mengenggam comforter dari jatuh.

  "Ibu call."kata Syifa.Nadhir melihat jam di dinding.

  Jam 4 pagi.Kenapa call kacau orang ni.

  "Hello ibu?"

   "Apa?!"mata Syifa terbuntang dengan luas.Bibirnya terketar-ketar.

  "Kenapa woi!"ditolak bahu isterinya.Syifa hanya diam.Terus telefon isterinya dirampas.

  "Hello ibu."

   "Hah? Okey-okey kita orang balik sekarang."Nadhir mengangguk laju.

  "Cepat bersiap kita balik sekarang juga."kata Nadhir lalu mencapai baju dilantai.

  "Mandi lah dulu."arah Syifa.

   "Ee dah lambat lah! masuk cepat!"ditolak tubuh Syifa kedalam tandas lalu dia menutup pintu.

  "Awak ni dah kenapa nak mandi sama?!"kata Syifa.

  "Jangan banyak songeh lah, pergi mandi cepat!"

  Sampai sahaja di rumah Dato Fadli terus mereka ke bilik Nekmah.Rafi sedang membaca Yaasin di sebelah Nekmah.

  "Nenek."Syifa menggenggam tangan tua itu.Dia mengusap dahi nekmah.

  "S..syifa."

  "Ya nenek, Syifa dah balik ni."kata Syifa mulai menangis.

  "N..nenek minta maaf."kata Nekmah.

"Syifa minta maaf, Syifa buka cucu menantu yang baik.Syifa selalu-"

"T..tak, S..syifa baik."Nekmah tersenyum kelat.

"J..jaga Nadhir ya?"Syifa angguk.

"N..Nadhir."panggil Nekmah.Nadhir terus menghampiri Nekmah.

"J..jaga Syifa, j..jangan pukul dia."Nadhir terpempan.Dia memandang ke arah Syifa.

"N..Nenek t..tahu."

"J..jangan b..benci d..dia."

"K..kalau k..kamu t..tahu yang se..sebenar..kamu me..menyesal."Tangan Syifa dan Nadhir disatukan.

"J..jaga.."nekmah memandang tepat ke arah Nadhir dan Syifa.Matanya memandang syiling lama sebelum perlahan-lahan dia hembuskan nafas terakhir.

Matanya terpejam rapat.Tangan yang memegang genggam mereka berdua jatuh ke bawah.

"Nenek!"Nadhir menangis di sebelah jasad Nekmah.Nadhir menggeleng.Syifa yang sudah teresak-esak dipeluk.

"Nenek.."

"Nadhir, sudah lah tu."kata Datin Faida.Rafi yang tidak dapat menahan tangisan terus berdiri dan keluar dari bilik tersebut.

"Nenek!!"

Pengebumian jenazah berjalan dengan lancar.Hari yang mendung itu sangat memberi bantuan kepada mereka.

Nadhir yang pulang dari kubur masih mendiamkan diri di dalam bilik.Puas Syifa memujuk supaya menjamah nasi tetapi ditengking.

"Awak, kalau awak sakit nanti siapa susah.Saya juga nanti."kata Syifa perlahan.

"Aku ni menyusahkan lah?"tanya Nadhir dengan pandangan tajam.

"Kau tak tahu yang kau tu dah berapa kali menyusahkan keluarga aku?"

"Kalau kau tak ajak aku balik rumah bapak kau, nenek tu takkan jatuh sakit lah!"

"Kenapa nak kaitkan dengan balik rumah papa pula ni?"soal Syifa geram.

"Nenek jatuh sakit sebab runsingkan kita!"

"Habistu awak nak salahkan saya? Selama ni kita duduk rumah kita nenek takda apa-apa pun kan? Nadhir terima lah semua ni."

"Ajal nenek dah tiba, dia dah penat tanggung sakit."

"Dia boleh berubat Syifa"

"Habistu kenapa awak tak jaga dia?"

"Dan lagi satu, kalau saya ni menyusahkan awak kenapa awak terima saya jadi isteri awak?"

"Kenapa kau terima aku?"soalan dibalas soalan.

  "Saya terima perkahwinan ni hanya disebabkan nenek.Saya sedar diri saya, tetapi tolong ingat saya pun ada hati dan perasaan untuk dijaga."

  "Tak payah nak jaga sangat la perasaan kau tu."

  "Aku ni dari dulu semua orang tak pernah nak jaga perasaan aku."

  "Sebab awak tu selfish! Ego!"jerit Syifa.

  "Awak hanya tahu dendam! Berdendam dengan saya berdendam dengan papa saya!"

  "Kau cabar aku Syifa?"soal Nadhir dingin.

   "Cabar apa?! Nak bunuh saya? Bunuh lah! Bunuh!"jerit Syifa.

   "Nenek pun dah takda kan? Apa kata ceraikan je saya.Buat apa kita bersama tapi kalau awak hanya nak meruntuhkan rumah tangga sendiri."kata Syifa geram.

Nadhir berdiri lalu mencengkam bahu isterinya dengan kuat.

"Kau mengarut apa ni Syifa?"soal Nadhir geram.Syifa tersenyum sinis.

"Saya tahu awak kahwin dengan saya hanya disebabkan dendam kan?"

"Awak seksa saya nak balas apa yang saya dengan papa buat kan?"

"Semua tu tak perlu Nadhir."Syifa menepis kedua-dua tangan suaminya.

"Awak nak bermain dengan api? boleh sangat sebab awak tak kenal saya lagi."jari telunjuknya menekan dada Nadhir berkali-kali sebelum memusingkan tubuh berjalan ke arah pintu.

"Kau kena ingat Syifa.Aku suami kau, cerai tak cerai hanya saja boleh buat keputusan."kata Nadhir sinis.Syifa membalas dengan ketawa sinis.

"Awak pun kena ingat, negara kita ada undang-undang saya boleh mintak fasakh dan pembubaran perkahwinan kita akan ditentukan oleh Hakim."

"Dan banyak sangat bukti yang awak tinggal dekat tubuh saya."kata Syifa lalu melangkah keluar meninggalkan Nadhir yang terkebil-kebil di dalam bilik itu.

Let's start the game!

TBC
12Jun2021

Bukan Pilihan HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang